Memetik daripada laporan The Star, jumlah pemohon tahun ini untuk kerja kerajaan sudah mencecah dua juta orang. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mahmood Adam secara tidak langsung menyifatkan jawatan kakitangan kerajaan sememangnya menarik minat ramai.
Daripada jumlah itu, 219,137 orang dipanggil untuk sesi temuduga dan 143,177 orang telah menghadirinya. Seramai 52,383 telah ditawarkan pekerjaan dan kesemua mereka menerimanya. Jawatan tetap telah diberikan kepada 34,112 orang, manakala 18,271 pula dilantik sebagai pekerja kontrak,” ujarnya.
Jaminan daripada segi keselamatan kerja, elaun sara hidup, elaun perumahan dan pinjaman perumahan antara faktor yang menarik minat orang ramai memohon jawatan kakitangan kerajaan berbanding swasta.
Kakitangan awam menerima COLA sebanyak RM300, RM250 atau RM100, bergantung kepada tempat tinggal mereka samada di bandar atau luar bandar. Untuk elaun perumahan pula, individu bukan pegawai menerima RM180, manakala untuk pegawai bermula daripada RM250.
Bagi memastikan bakal pemohon pada masa akan datang lebih bersedia menghadapi temuduga, pihak SPA bakal mengadakan seminar terbuka bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai dunia perkhidmatan awam di negara ini. Jika anda berminat, boleh ke laman web rasmi Portal Rasmi SPA