Para peminat Hello Kitty kini mempunyai satu lagi sebab untuk melakukan perbankan dengan Hong Leong Bank ( HLB ) ekoran daripada pelancaran Kad Debit Hello Kitty edisi terhad yang bertemakan musim sejuk baru-baru ini. Kad edisi terhad ini merupakan satu-satunya rekaan menegak yang sudah pastinya agak berlainan daripada kad mendatar yang lain.
Bermula 1 Disember 2012, Kad Debit Hello Kitty musim sejuk edisi terhad ditawarkan kepada semua pelanggan baru yang berumur 18 tahun dank e atas yang membuka mana-mana akaun individu simpanan atau akaun individu semasa, sama ada secara perseorangan atau bersama. Akaun boleh dibuka dengan deposit minimum sebanyak RM 200.
Bersempena dengan pelancaran Kad Debit Hello Kitty musim sejuk edisi terhad, pelanggan HLB berpeluang untuk memenangi hadiah utama eksklusif berupa sebuah kereta Hello Kitty Mazda 2 Hatchback dan 10 hadiah saguhati berupa sepasang tiket ke Sanrio Hello Kitty Town di Johor.
Penyertaan adalah amat mudah, lebih banyak wang yang disimpan, lebih tinggin peluang untuk menang! Bagi pelanggan baru, buka Akuan Simpanan atau Semasa Hong Leong Bank atau Hong Leong Islamic Bank dengan deposit minimum sebanyak RM1000 dan pohon Kad Debit Hello Kitty untuk dapatkan 20 mata penyertaan. Pelanggan sedia ada pula boleh menaiktaraf kad ATM kepada Kad Debit Hello Kitty dengan deposit minimum sebanyak RM300 ke dalam Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Hong Leong Bank atau Hong Leong Islamic Bank untuk memperolehi 10 mata penyertaan.
Hadiah tambahan menanti pelanggan yang melakukan permohonan awal untuk Kad Debit Hello Kitty! Hadiah Istimewa adalah termasuk beg kelengkapan unik dandanan diri Hello Kitty bagi deposit sebanyak RM5000 dan tuala mandi Hello Kitty bagi deposit sejumlah RM10,000, sementara stok masih ada.
Bagi memperkenalkan Kad Debit Hello Kitty musim sejuk edisi terhad, Hong Leong Bank telah memulakan rentetan ‘roadshow’ dengan acara satu hari di Pusat Beli Belah Publika baru-baru ini. Kanak-kanak dan mereka yang berjiwa muda berpeluang untuk melihat kereta Hello Kitty secara dekat, manakala pertandingan “Dress Like Hello Kitty” telah dianjurkan bagi kanak-kanak yang berumur di antara 5 hingga 15 tahun.
Peminat Hello Kitty pasti teuja untuk mengetahui bahawa Hello Kitty akan berkunjung ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat di Paradigm Mall pada 26 dan 27 Januari 2013 semasa ‘roadshow’ yang akan berlansung dari 24 hingga 27 januari 2013 dan juga semasa “roadshow” di City Square Johor Bahru dari 1 hingga 3 Mac 2013.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Debit Hello Kitty Musim Sejuk Edisi Terhad Hong Leong Bank, kunjungi mana-mana cawangan HLB atau layari www.hlb.com.my.