
Pada tahun 1980an, seorang wanita Yu Youzhen, 53, adalah hanya seorang penjual sayur biasa di bandar Wuhan. Tetapi oleh sebab ledakan harga hartanah, kini dia mempunyai 17 blok rumah pangsa yang disewakan. Namun, daripada memanjakan diri dengan kekayaan yang dimilikinya dan menjalani kehidupan berfoya-foya di salun, spa atau kompleks beli-belah, wanita itu memilih bangun awal pagi enam hari seminggu untuk menyapu, membersih dan mengangkat sampah di sepanjang jalan raya yang sibuk di Wuhan, tengah China. Dia bekerja sebagai tukang sapu jalan raya semata-mata kerana mahu mendidik anaknya erti kerja keras dan usaha untuk menetapkan satu contoh yang baik untuk anak-anaknya.
Yu Youzhen sendiri menyaksikan beberapa penduduk kampung yang lain tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang baik selepas mendapat pampasan dengan menjual pangsapuri, serta jatuh ke dalam perjudian, dan juga penggunaan dadah.
Apabila kerajaan komunis China melancarkan pembaharuan ekonomi pada hujungan 1980-an dan membenarkan petani berniaga, Yu dan suami berjaya mengumpul wang secukupnya untuk membina tiga blok rumah pangsa lima tingkat yang kemudian disewakan. Mereka berjaya mengambil kesempatan terhadap ledakan harga hartanah dan meluaskan ‘empayar’ mereka hingga mampu memiliki 21 blok rumah pangsa. Mereka sudah menjual empat blok. Hasil jualan itu dicampur dengan pendapatan menyewa 17 blok rumah pangsa serta gaji sebagai tukang sapu sudah pasti akan membolehkan dia menjalani kehidupan selesa pada masa akan datang.
Usahanya itu berjaya. Kedua-dua anaknya kini bekerja makan gaji. Anak lelaki menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara yang perempuan memperoleh gaji sebanyak RM1,500 dengan melakukan kerja yang tidak dinyatakan, lapor sebuah akhbar China. Manakala Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.




