Bila sebut sahaja penjara mesti bangunan lama yang sudah buruk dan unsang bermain di fikiran anda bukan? Anda silap kerana bukan semua penjara di dunia seperti itu. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat lima buah penjara mewah disediakan khas untuk orang-orang tertentu. Mari kita lihat lima buah penjara mewah yang terdapat di dunia ini!
5. Bilik penjara Al Capone di Eastern State Penitentiary
Ia bermula sejak tahun 1929 apabila Al Capone, iaitu raja penjenayah Chicago ditangkap dan demasukkan ke Eastern State Penitentiary dan diletakkan dalam bilk penjara yang agak mewah jika dibandingkan dengan bilik penjara lain.
4. Santa Ana Jail, California
Penghuni penjara yang tidak terlalu berbahaya membayar $75 hingga $127 sehari untuk tinggal dalam penjara ini yang mempunyai persekitaran yang lebih aman dan bersih berbanding penjara pusat. Pesalah dibenaran membawa barang peribadi seperti laptop dan iPod ke dalam bilik penjara.
3. Otago Corrections Facility, South Otago
Penjara yang bernilai $218 juta dibina untuk memulihkan semangat banduan dengan memberikan tempat yang menyenangkan buat mereka. Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah televisyen, sistem pemanasan bawah lantai, perpustakaan dan gimnasium.
2. Haiden Prison, Norway
Merupakan penjara mewah yang menyediakan studio, laluan jogging dan sebuah ruang besar yang menyediakan dua buah bilik yang membolehkan ahli keluarga datang melawat untuk semalaman. Televisyen, peti sejuk, perpustakaan dan lain-lain turut disediakan. Kemudahan-kemudahan ini membolehkan banduan hidup dalam keadaan teratur dan tenang untuk membimbing mereka menjadi manusia yang lebih baik.
1. Austrian Five Star Prison (Leoben Justice Centre)
Merupakan kompleks pengadilan, pejabat hakim dan sudah semestinya sebuah penjara. Ianya terletak d kota Leoben di Austria dan juga merupakan salah satu penjara terbaik di dunia yang menyediakan gimnasium, bilik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk televsyen peribadi dan pelbagai kemudahan lain.
Menarik bukan? Bila difikiran memang tidak logik. Mana mungkin ada penjara semewah ini hanya untuk menempatkan orang yang melakukan jenayah yang sepatutnya ditempatkan di tempat yang buruk dan jauh dari masyarakat! Tetapi segalanya tidak mustahil. Ini merupakan salah satu cara pihak penjara di luar negara memberi peluang kedua untuk orang seperti mereka bertaubat dan memperbaiki diri masing-masing.