• Latest

[ Kehidupan ] Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

January 8, 2013
Foto - Pinterest

Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

January 24, 2021
Foto - Earth

Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

January 24, 2021
Foto - Chat

10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

January 24, 2021
Foto - Ánh Tít (Facebook)

Jururawat Vietnam Ajar Cara Bagi Bayi Lena, Hanya Bedung Guna 4 Langkah!

January 23, 2021
Foto - Instagram / Bored Panda

Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021

January 23, 2021
Foto - Reader's Digest

Tarik Nafas Dan Kawal Emosi Marah Kamu Dengan Tips Bernas Ini!

January 23, 2021
Foto - Dakwah Sentap / Pesona Pengantin

Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

January 22, 2021
Foto - Elite Daily

Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

January 22, 2021
Foto - Eminetra New Zealand

5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

January 22, 2021
Foto - My Info Taip / IMDB

5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

January 22, 2021
Foto - Pinterest

Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

January 22, 2021
Foto - Instagram Prof Dr Muhaya / Berita Harian Sg

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Kehidupan ] Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

Aida Sue by Aida Sue
January 8, 2013
40
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Memelihara reptilia sebagai haiwan peliharaan? Mungkin ramai di luar sana geli dan takut apabila bercakap mengenainya. Akan tetapi, memelihara reptilia sudah pun menjadi trend pada hari ini. Bilangan orang yang meminati haiwan berdarah sejuk ini semakin meningkat dari hari ke hari. Tidakkah anda rasa memelihara haiwan berdarah sejuk ini sesuatu yang menarik?

Reptilia mempunyai ciri-ciri seperti kulit bersisik kering, bernafas melalui peparu, bertelur dan telurnya bercengkerang, mempunyai empat kaki dan sesetengah tiada kaki dan berdarah sejuk (suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran).

IKLAN

Hari ini saya mahu berkongsi minat tentang memiliki ular sebagai “teman rumah”. Memelihara ular bukanlah sesuatu yang dianggap baru. Ular masih lagi dianggap haiwan yang merbahaya dan patut dijauhi. Sejak dahulu lagi ular telah dikaitkan dengan kejahatan dan kehinaan, maka disebabkan oleh perasaan inilah kebanyakkan orang akan merasa geli atau takut terhadap ular. Ya, memang ular ialah haiwan yang merbahaya tetapi bukan semua jenis ular ini bahaya. Reaksi spontan biasanya jadi punca ramai orang tidak teragak-agak membunuh ular tanpa memikirkan sama ada ia daripada jenis yang berbisa atau tidak. Sebenarnya, ular ialah haiwan yang boleh dijinakkan jika dijaga dengan baik dan diberi kasih sayang.

Pada mulanya, mungkin ular ini akan berasa takut dan terkejut apabila dibelai. Tetapi bagi anda yang mahu memilikinya harus berani dan yakin pada diri sendiri. Anda tidak perlu takut tetapi harus yakin dengan diri sendiri. Luangkan masa bersama-sama ular ini dan belailah ia selalu. Haiwan ini sangat senang untuk dijinakkan dan ianya kenal tuannya sendiri. Sekiranya anda dipatuk, tidak perlu panik kerana ular ini tidak berbisa. Tenangkan diri anda dan dengan perlahan rendam ular itu bersama-sama tempat yang dipatuk ke dalam air.

 

Jenis ular yang biasanya dijadikan sebagai haiwan peliharaan ialah Ball Phyton atau nama Latinnya, Phyton Regius. Ia berasal dari Afrika Tengah dan Barat Afrika. Ball Phyton merupakan spesis ular yang terkecil dan paling pendek. Ukuran seekor Ball Phyton dewasa ialah 4-6 kaki dan boleh mencapai usia hidup sehingga 20 tahun. Ball Phyton hanya diberi makan 2-3 kali seminggu. Biasanya ia diberi makan tikus putih kerana harganya yang murah tetapi juka mahu berikan hamster juga tiada masalah tetapi sanggupkah anda lihat hamster yang comel itu ditelan ular ini? Ular dewasa boleh diberi makan 3-4 ekor tikus pada satu masa atau boleh digantikan dengan tikus mondok dewasa.

Ular ini boleh diletakkan dalam akuarium yang kecil ataupun bekas menyimpan barang yang bersize sederhana. Bedding pula boleh menggunakan kertas ataupun kulit kayu yang biasa dipakai untuk hamster. Yang paling penting perlu ada dalam akuarium ular ini ialah bekas air bersize sederhana untuk ular ini berendam dan juga tempat untuk ia bersembunyi. Lampu diperlukan untuk memanaskan suhu badan haiwan yang berdarah sejuk ini. Kandang ular ini haruslah sentiasa bersih untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan bakteria dan kutu.

Kos memelihara ular ini sebenarnya tidaklah tinggi mana cuma harganya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Haiwan ini memerlukan lesen yang sah dari PERHILITAN kerana ia merupakan antara dibawah perlindungan. Harga untuk membuat lesen hanya RM 10 untuk setahun. Murah bukan? Jadi, anda yang berminat untuk membela harus bersiap sedia dari segi wang, mental dan fizikal dan yang paling penting ialah buat kajian terlebih dahulu supaya anda lebih mengenali haiwan ini.

Tags: [Kehidupan] Ular Sebagai Haiwan Peliharaanball phytonhobbyreptilessnakeular

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Instagram Prof Dr Muhaya / Berita Harian Sg
Berita & Isu Semasa

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Foto - IKEA Malaysia / SAYS
Berita & Isu Semasa

IKEA Jual Beg Kitar Semula Walaupun Dah Salah Cetak, Tapi Sumpah Cool!

January 20, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan