Tapak kasut biasanya dibuat dari getah dan bahan komposit. Masalah yang dihadapi ialah tapak kasut akan haus selepas digunakan selepas beberapa ketika. Mungkin jawapan kepada masalah ini ialah kasut dengan tapak yang lebih keras!
Fantich & Young ialah sebuah syarikat rekaan fesyen yang berpengkalan di London, England. Mereka menghasilkan kasut dengan tapak yang di perbuat daripada gigi palsu. Koleksi kasut itu diberi nama Apex Predator. Begitu banyak jumlah gigi palsu yang dicantumkan di bawah tapak kasut rekaan mereka ini.
Kasut ini nampak menarik dan hebat. Jika anda memakainya pasti akan terasa seperti selebriti kerana sudah pastinya banyak mata-mata akan melihat kearah kaki anda! Tapi persoalannya, ada ke orang akan beli?