
Memang sukar untuk membeli rumah di kawasan bandar terutamanya Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Hakikatnya kalau dapat beli rumah pun, sama ada memang dilahirkan sebagai anak orang kaya, atau membuka perniagaan sendiri atau memang bertuah mempunyai gaji permulaan yang tinggi. Rata-rata mereka yang dapat membeli rumah sendiri pun jika sudah bekerja selama 6 hingga 10 tahun dan itu pun di kawasan pinggir bandar. Golongan berpendapatan sederhana rendah yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan berdepan kesukaran memiliki kediaman sendiri berikutan keghairahan pemaju dan spekulator yang mengambil sikap mementingkan diri dengan menaikkan harga rumah secara keterlaluan terutama di Lembah Klang.
Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan, Chang Kim Loong berkata, keluarga dengan pendapatan sebanyak itu hanya mampu membeli rumah yang berharga sekitar RM200,000 sedangkan boleh dikatakan tiada lagi unit baru yang dibangunkan dengan harga terbabit. “Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan RM6,000 di mana kedua-dua pasangan bekerja, mempunyai sebuah kenderaan dengan seorang anak selain tanggungan kepada ibu bapa, akan mempunyai baki untuk simpanan kira-kira RM150 saja sebulan sekiranya mereka membeli rumah berharga RM400,000 seperti yang banyak dijual kini,” katanya.
Pemain industri hartanah di Malaysia seringkali mengatakan harga hartanah di Malaysia masih lagi murah, masih lagi rendah berbanding beberapa negera jiran kita. Hakikatnya kenyataan seperti itu adalah mengelirukan pengguna seperti kita. Kenaikan mendadak harga rumah dan hartanah semenjak beberapa tahun lalu adalah sangat tidak masuk akan dan seseorang yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan akan mendapati sukar untuk menampung kos sara hidup di Kuala Lumpur hari ini, dan sepatutnya gaji minimum yang ditetapkan di Malaysia hari ini adalah RM1, 200 sebulan.
Oleh itu, gaji minimum perlu dinaikkan seiring dengan kadar produktiviti. Dalam pada masa yang sama kadar inflasi harus dibendung oleh pihak kerajaan. Kelonggaran kerajaan berkenaan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) & kelonggaran bank pusat ke atas dasar pinjaman dan garis panduan mengenai pinjaman perumahan sebelum ini telah menimbulkan terlalu banyak aktiviti spekulatif dalam industri hartanah.
Oleh itu, gaji minimum perlu dinaikkan seiring dengan kadar produktiviti. Dalam pada masa yang sama kadar inflasi harus dibendung oleh pihak kerajaan. Kelonggaran kerajaan berkenaan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) & kelonggaran bank pusat ke atas dasar pinjaman dan garis panduan mengenai pinjaman perumahan sebelum ini telah menimbulkan terlalu banyak aktiviti spekulatif dalam industri hartanah.
Ulasan dari berita Harian Metro
IKLAN