Kami ada kejutan untuk pembaca Wanista. Seperti yang anda semua sedia maklum The Samsung Galaxy 27th Golden Disk Awards akan berlangsung tak kurang dari 2 minggu lagi iaitu pada 15 dan 16 Januari 2013. Jadi untuk giveaway pertama kami pada tahun ini, kami mahu berikan sepasang tiket Rockpit ( RM688 untuk satu tiket , jadi dua tiket kira-kira RM1300+ ) untuk pembaca bertuah kami.
Macam mana nak menang tiket ni? Mudah saja. Anda hanya perlu buktikan kepada kami bahawa anda adalah PEMINAT SETIA K-POP!
Ikuti langkah-langkah di bawah jika anda mahu menonton bintang K-Pop kegemaran anda di Sepang semasa The Samsung Galaxy 27th Golden Disk Awards berlangsung.
1) Ikuti kami di Twitter dan juga Facebook
2) Kongsikan artikel ini di Twitter dan Facebook serta tag kami. Jangan lupa masukkan sekali hashtag #GDA.
3) Baca artikel kami mengenai The Samsung Galaxy 27th Golden Disk Awards dan hanya perlu buat 2 perkara dibawah :
- Siapakah 5 artis KPOP yang anda tidak sabar-sabar mahu lihat persembahannya semasa The Samsung Galaxy 27th Golden Disk Awards
- Hantarkan kepada kami gambar diri anda dengan berpakaian yang berinspirasikan K-Pop
Emelkan jawapan anda dan gambar kepada [email protected] ( jangan lupa sertakan nama, nombor IC dan juga nombor telefon anda )
Peraduan ini berakhir pada hari Jumaat, 11 Januari 2013, 05:00 petang. Sertai peraduan giveaway pertama dari kami pada tahun ini dan menang sepasang tiket untuk ke acara KPOP terbesar dan terulung di Malaysia! 🙂
Terma & Syarat:
-Keputusan oleh hakim kami adalah muktamad, dan pemenang akan diumumkan pada platform media sosial kami dan melalui e-mel dan panggilan telefon pada hari Isnin 14 Januari 2013.
Pemenang perlu mengambil tiket di pejabat kami Lembah Klang kami pada masa yang akan diberitahu kelak.