Kesemua 25 bintang K-Pop yang akan hadir di Litar Antarabangsa Sepang sudah tentu tidak sabar menanti minggu hadapan kerana undian SMS telah pun bermula pada 7 Januari untuk dua anugerah istimewa yang akan dipertandingkan iaitu Anugerah Samsung GALAXY dan Paling Digemari Malaysia.
JOM JOIN PERADUAN : Menangi 2 tiket rockpit ( RM1376 ) Ke Samsung Galaxy 27th Golden Disk Awards
Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menaip GDA[space]artist_code dan hantarkan kepada 33213. Pengundi akan menerima SMS pengesahan setelah SMS undi mereka berjaya. Kadar cas yang dikenakan bagi setiap SMS ialah RM1.00 sahaja!
Keputusan adalah berdasarkan 50% dari undian SMS dan 50% lagi berdasarkan undian in-store. Rakyat Malaysia kini boleh memainkan peranan sebagai peminat untuk membantu penyanyi kegemaran mereka memenangi salah satu daripada anugerah yang dipertandingkan.
Tidak ada had undian untuk para peminat, jadi inilah peluang untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada penyanyi kegemaran masing-masing.
Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 15th dan 16th Januari 2013. Tiket boleh didapati dengan harga RM999, RM688 dan RM199 via www.ticketpro.com.my
Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards, sila lalayi www.goldendiskawards.asia atau http://www.facebook/GDA2013.