Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 adalah himpunan yang akan diadakan pada hari Sabtu ini yang bertujuan memberi isyarat jelas bahawa rakyat biasa mahu pun mereka yang bernaung di bawah badan-badan bukan kerajaan (NGO) ini punya rungutan dan tuntutan mereka sebagai rakyat yang harus didengari.
Anda boleh menyertainya sekiranya mempunyai sebab-sebab berikut: –
a) BERSIH : Untuk pilihanraya yang bersih dan adil.
b) ROYALTI : Untuk menuntut Royalti Petroleum bagi negeri-negeri pengeluar hasil petroleum.
c) ANTI-LYNAS : untuk menghalang pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
d) ANTI FELDA GLOBAL VENTURES : Himpunan Oren, bantahan penyenaraian FGV.
e) Memartabatkan bahasa ibunda
f) Bebaskan Tahanan ISA
g) Menuntut Pendidikan Percuma
h) Selamatkan Kampung Tradisi & Warisan
g) Menuntut Pendidikan Percuma
h) Selamatkan Kampung Tradisi & Warisan
Bagi anda yang ingin menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 pada hari Sabtu ini, lokasinya adalah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur dari pukul 2 petang hingga 5 petang.
IKLAN
APA YANG PERLU DI BAWA
• Kad Pengenalan.
• Wang Tunai – antara RM50 hingga RM100.
• Garam dalam paket kecil – untuk meneutralkan kesan gas pemedih mata dan untuk mengelakkan diri anda dari kesesakan nafas. Jika tiada, jangan khuatir ramai yang akanberkongsi dengan anda.
• Tuala atau kain – dalam kes disembur dengan bahan kimia.
• Pen dan Buku Nota – untuk mencatat nama anggota polis dan nombor ID, dan soalan yang ditanya oleh pihak polis jika ditangkap. (Semasa BERSIH 3.0 tag nama mereka dibuang).
• Kamera, Kamera Video, Telefon Pintar – disarankan menggunakan bekas/sarung kalis air.
• Satu botol air minuman atau minuman isotonik. Tambahan juga diperlukan untuk menyuci kesanbahan kimia dalam Meriam air (Water Cannon).
• Beberapa bar coklat – untuk membekalkan tenaga.
• Keperluan perubatan peribadi – inhaler, ubat kencing manis, dan lain-lain ubat insulin. Walaubagaimanapun jika anda tidak sihat, disarankan tidak menyertai perhimpunan ini.
• Beberapa bantuan asas seperti plaster.
• Bawalah beberapa belon yang berkaitan untuk mewujudkan suasana karnival.
APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA
• Barang Kemas – Tinggalkan Jam Rolex (Jam yang berharga) dan barang kemas berharga anda di rumah.
• Wallet atau dompet – gulungkan wang anda dan IC anda dengan getah dan simpan di dalampoket depan anda.
• Objek tajam atau berbahaya (seperti pisau, parang, pistol dll)

APA YANG ANDA PERLU PAKAI
• Topi, untuk menghalang pancaran sinaran matahari.
• Sunglasses / Cermin mata gelap.
• T-shirt warna pilihan anda (Kuning, Hijau, Oren, Hitam, Merah).
• Kasut sukan sebaik-baiknya atau kasut yang tidak membahayakan.
APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN
• Maklumkan kepada seseorang yang terdekat yang anda akan menyertai Himpunan #KL112 – ahli keluarga atau rakan-rakan.
• Jika Stadium Merdeka penuh (Kapasiti Stadium hanya muat 30,000 orang sahaja), anda boleh memenuhi sepanjang jalan ke stadium.
• Gunakan pengangkutan awam seperti bas, keretapi, LRT, monorel kerana kemungkinan jalan kekawasan perhimpunan #KL112 telah ditutup. Jika anda memandu, anda mungkin perlu untukberjalan 2 kilometer atau lebih (lebih menyusahkan anda sahaja).
• Berpakat dengan kawan-kawan ke himpunan #KL112 dengan menaiki bas, keretapi, LRT, monorel: kerja berpasukan mungkin diperlukan untuk sebarang bantuan dan tips.
• Pergi dalam satu kumpulan. Tentukan titik pertemuan yang dikenali jika anda sesat. Talian telefon mudah alih mungkin akan tergendala. Yang terbaik adalah untuk kekal berkumpulan.
• Ikut arahan; mengenalpasti ketua anda, seperti Unit Amal PAS yang baju lengan panjang merah.
• Jangan berlari. Saya mendapat tip ini daripada seorang anggota polis. Saya berlari-lari ketika untuk mengambil gambar dan seorang polis menegur saya yang risiko ditangkap adalah rendah jika anda hanya berjalan.
• Jauhi dari FRU. Akan ada sekumpulan orang-orang yang akan melambatkan pergerakan FRU.Sila jauhkan diri.
• Anggarkan jarak yang baik antara diri anda dan gas pemedih mata FRU.
• Trak FRU akan bergerak perlahan-lahan supaya anda mempunyai masa untuk mengelakkanmeriam air. Sesetengah orang hanya suka disembur tetapi saya cuba menjauhkan diri.

APA YANG ANDA TIDAK PERLU LAKUKAN
• JANGAN membuat provokasi terhadapPOLIS atau DBKL atau lebih teruk lagi FRU …
• Perkara terburuk yang boleh berlaku ialah anda mungkin ditangkap. Peguam sudah bersedia di balai polis untuk membantu anda.
• Anda boleh dipukul semasa proses tersebut. Yang terbaik ELAKKAN diri anda ditangkap.
• Jangan membuang sampah merata-rata.

(kredit : Gedung Rakyat )
Ikuti laman Facebook Himpunan Kebangkitan Rakyat
Twiter : SINI