• Latest
[Tips Cinta] Generasi Digital : Wanita mulakan langkah pertama ikat perhubungan..Kenapa tidak?

[Tips Cinta] Generasi Digital : Wanita mulakan langkah pertama ikat perhubungan..Kenapa tidak?

January 10, 2013
Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

January 25, 2021
Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

January 25, 2021
5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

January 25, 2021
Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

January 25, 2021
Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

January 25, 2021
Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

January 25, 2021
Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

January 25, 2021
Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

January 25, 2021
Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

January 25, 2021
Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

January 24, 2021
Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

January 24, 2021
10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

January 24, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

[Tips Cinta] Generasi Digital : Wanita mulakan langkah pertama ikat perhubungan..Kenapa tidak?

Aida Sue by Aida Sue
January 10, 2013
[Tips Cinta] Generasi Digital : Wanita mulakan langkah pertama ikat perhubungan..Kenapa tidak?
37
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kita menggunakan internet sebagai tempat temujanji seperti di Facebook, Twitter dan teks, dan sesetengah orang akan mengatakan temu janji lebih mudah dibuat , dengan pelbagai teknologi yang secara literalnya dalam telapak tangan anda  yang boleh membantu anda.

Itu juga telah menyebabkan langkah pertama temu janji untuk memulakan satu perhubungan dalam percintaan turut berubah kerana pada zaman sekarang ini, lelaki dan wanita dua-dua boleh memulakan langkah pertama. Kalau seperti zaman dahulu, apabila wanita yang memulakan langkah pertama untuk berkenalan, ianya adalah seperti perigi mencari timba dan satu perkara yang memalukan. Tetapi menurut kaji selidik baru, generasi digital untuk gadis pula menyatakan gadis zaman sekarang lebih pro-aktif dengan 79 peratus daripada gembira untuk memulakan hubungan, dan mengambil falsafah ‘mengapa harus menunggu?’

Mengapa harus menunggu? Just do it!

Sebenarnya, wanita juga digalakkan  untuk memulakan langkah pertama bagi mengenali lebih mendalam lelaki. Contoh yang mudah ialah Saidatina Khadijah binti Khuwailid iaitu isteri pertama Baginda Rasulullah SAW yang memulakan langkah pertama kerana tertarik dengan sifat Baginda yang tiada tolok bandingnya.

Tetapi jangan pula memulakan langkah pertama perkenalan dengan tingkah laku yang pelik seperti terlebih gedik atau keterlaluan kerana itu boleh mengaibkan diri sendiri pula dan lelaki pula jangan pula fikir hilang sifat kelelakian apabila gadis memulakan langkah pertama.  Tiada undang-undang tetap dalam berkawan atau bercinta. Asalkan masing-masing tahu apa matlamat yang diinginkan dalam perhubungan dan masing-masing menghormati antara satu sama lain.

Tips untuk wanita memulakan sesuatu perhubungan

Berani – Jadi diri sendiri dan jangan nampak terdesak. Untuk memulakan satu perhubungan memerlukan banyak keberanian untuk sesi ‘ice breaking’ supaya tidak nampak janggal. Jangan terlalu banyak bercakap mengenai diri anda, dan beri dia peluang untuk bercakap mengenai dirinya. Jangan terlalu banyak bertanya soalan peribadi semasa temujanji awal bersama dengannya. Bagi dia masa untuk lebih selesa dengan anda dan supaya dia memberi kepercayaan pada anda.

Yakin – Perkara yang paling seksi pada wanita bukan saja terletak pada pakaiannya, tetapi keyakinan yang ada pada dirinya.  Lelaki akan menyukai anda jika anda mempunyai keberanian untuk mengetuai perbualan pertama dengannya . Mengapa? Kerana ia menyegarkan kerana anda seorang wanita yang lain dari yang lain. Lelaki suka cabaran apabila ia datang untuk sesi temu janji, tetapi mereka juga suka seorang wanita yang tidak takut untuk mencapai apa yang dimahukan.

Flirt/mengorat – Jangan merendahkan kuasa flirting seperti bermain mata, rambut atau senyuman manis pada si dia. Lelaki pun sebenarnya sukakan perhatian dan flirting dari wanita tau. Tetapi jangan terlalu agresif sebaliknya hanya bermain-main dan flirting secara ringan. Dengar perbualannya dengan baik dan berbual seperti biasa sambil memberi ‘hint’ pada sidia. 

Berterus-terang – Ramai wanita yang suka berkias-kias semasa berbual atau dalam perlakuan mereka dan berharap kaum Adam faham apa yang mereka mahukan. Tetapi tahukah anda lelaki sukar untuk memahami wanita? Lebih-lebih lagi sifat lelaki ini yang suka berterus terang dan malas untuk berkias-kias. Jadi beritahu saja apa yang anda mahu pada lelaki dan itu akan memudahkan dia membuat keputusan.

Tags: langkah pertama dalam perhubungantips bercintatips cintatips percintaanTips untuk wanita memulakan sesuatu perhubunganwanita first step love relationship
Share2Tweet1Send

ARTIKEL BERKAITAN

Wanita Pun Alami Mimpi Basah, Bukan Lelaki Saja
Health

Wanita Pun Alami Mimpi Basah, Bukan Lelaki Saja

October 27, 2020
Isteri Malas Masak, Suami Boleh Bantu Dengan Cara Ini
Health

Isteri Malas Masak, Suami Boleh Bantu Dengan Cara Ini

October 27, 2020
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan