Sempena tahun ketiga kempen ‘Prosperity Gives Back’ serta ulang tahun ke-20 hidangan Prosperity Burger, McDonald’s akan menumpukan usahanya pada 19 dan 20 Januari 2013 untuk mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada lebih daripada 60 rumah kebajikan tempatan. Pada kedua-dua hari berkenaan, RM1 akan disalurkan kepada kempen ‘Prosperity Gives Back’ dengan setiap pembelian Hidangan Prosperity.
Melalui program ini, rakyat Malaysia yang prihatin akan dapat menyebar dan berkongsi erti Prosperity dengan golongan yang memerlukan sambil menikmati rasa lada hitam hidangan kegemaran mereka kerana salah satu nilai utama PROSPERITY adalah perkongsian. ‘Prosperity Gives Back’ memberi kita peluang untuk mengamalkan nilai tersebut. Perkongsian bukan saja menyebar kegembiraan dan kebahagiaan di kalangan golongan kurang bernasib baik, pemberi sendiri juga akan berasa bangga.
‘PROSPERITY’ membawa maksud 10 nilai yang dipegang kuat McDonald’s – Perkongsian, peRsahabatan, keharmOnian, keSejahteraan, Prihatin, kEbahagiaan, KemesRaan, familI, nikmaT, saYang.
Double Chicken atau Double Beef Prosperity Burger™ dihidangkan dengan dua kepingan daging atau ayam yang dicelup dalam sos lada hitam yang aromatik serta dilapisi hirisan bawang dalam roti ban berbijian. Dilengkapi dengan Twister Fries yang rangup dan Prosperity McFizz yang menyegarkan, Set Double Prosperity Burger boleh didapati sewaktu makan tengah hari McValue (dari 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang) dengan harga RM15.95 sahaja.

Sempena kempen itu yang dijalankan di seluruh negara, McDonald’s memilih tiga penyampai radio iaitu Phat Fabes (Fly FM), Leya (HotFM) dan Nichoas Ong (OneFM) sebagai wajah kempen Prosperity Gives Back bagi tahun ini. Sebagai jurucakap kempen, ketiga-tiga penyampai radio ini akan berkongsi cerita PROSPERITY dan nilai yang dipegang mereka dengan rakyat Malaysia di seluruh negara pada 19 dan 20 Januari. Mereka akan berada di McDonald’s Kota Damansara Drive-Thru bermula dari 11 pagi sebagai sukarelawan untuk menghidangkan McDonald’s kepada pelanggan.
Kempen Prosperity Gives Back
Tarikh : 19 dan 20 Januari 2013
Info : RM1 akan disalurkan kepada kempen ‘Prosperity Gives Back’ dengan setiap pembelian Hidangan Prosperity McDonalds
Untuk maklumat lanjut tentang McDonald’s, sila layari laman web www.mcdonalds.com.my