Ribuan pengguna BlackBerry dan peminat muzik telah membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam pada malam Tahun Baru untuk menyaksikan Karnival dan Konsert BlackBerry Mania Muzik.
Konsert tersebut dihiburkan dengan band-band tempatan seperti Hujan, Bunkface, 6ixth Sense, Joe Flizzow, Altimet, Protokol Kyoto dan Sofazr. Oh! Chentaku, Meet Uncle Hussain, Gerila Go!, SonaOne, Ila Damia dan Zamaera.
Band popular dari Indonesia, Sheila On 7 juga turut turun padang dan telah menghangatkan pentas di Stadium Malawati dengan lagu-lagu hit mereka selama 45 minit.
“ Kami berasa sangat bertuah berada di sini (Malaysia) dan berpeluang untuk meraikan tahun baru bersama peminat-peminat dan juga BlackBerry. Sokongan mereka selama ini sangatlah tidak diduga dan kami berharap kami telah berikan persembahan terbaik untuk mereka (peminat)” , kata Akhdiyat Duta Modio, ahli kumpul Sheila On 7.
Selain daripada penampilan band-band tempatan yang hebat, BlackBerry Muzik Mania juga mengadakan karvinal yang diadakan di luar perkarangan Stadium Malawati Shah Alam.
Pengunjung yang hadir pada hari tersebut turut dihiburkan dengan aksi hebat sukan basikal BMX, pelbagai aktiviti menarik dan juga persembahan bertenaga ‘ Breakdance’ dari Wakaka Crew serta persembahan dari finalis Anugerah Juara Lagu 2013, Amir Jahari.
Karvinal dan Konsert BlackBerry Music Mania dianjurkan oleh Tempus Communications dan disokong oleh Blackberry Malaysia.