Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Antarabangsa ] Cabaran Ular 2013 : Pertandingan Menangkap Ular Sawa Di Florida

by Aida Sue
January 11, 2013
Ular Sawa Burma

Ular Sawa Burma

Share on FacebookShare on Twitter

Penduduk setempat digesa menyertai satu pertandingan menangkap ular sawa Burma yang mengancam hidupan di kawasan paya Everglades, Florida.

Beratus-ratus penduduk dari 32 negeri di Amerika, akan mengambil bahagian dalam Cabaran Ular Sawa 2013 di Everglades, Florida bermula esok (Sabtu) hingga 10 Februari depan.

IKLAN
Ular Sawa Burma

Peserta dari kalangan pemburu profesional dan amatur, lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senapang, parang dan belantan, berharap memenangi salah satu daripada dua kategori iaitu menangkap spesies ular sawa Burma (Burmese Phyton) paling panjang atau paling banyak.

Pertandingan selama sebulan yan bermula 12 Januari depan yang dianjurkan oleh Perkhidmatan Hidupan Liar Amerika Syarikat (AS), menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AS$1,500 (RM4,565) kepada pemenangnya.

“Kesedaran orang ramai yang semakin meningkat tentang ancaman ular sawa Burma ke atas ekosistem Everglades menjadi matlamat pertandingan Cabaran Ular Sawa 2013 ini,” kata seorang pegawai Perkhidmatan Hidupan Liar Amerika Syarikat (AS).

Mereka dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak AS$25 (RM78) dan mengikuti kursus secara online untuk mengenali spesies yang menjadi sasaran.

GAMBAR menunjukkan seekor ular sawa Burma yang ditangkap di Taman Negara Everglades 2009.

Ular pertama yang ditemui di dalam paya Everglades pada 1979 ialah ular sawa Burma yang juga merupakan spesies paling dominan di kawasan itu.

Reptilia tersebut dipercayai telah dibuang ke dalam paya oleh beberapa pemilik haiwan eksotik. – AFP

Tags: burmese phytonCabaran Ular 2013 : Pertandingan Menangkap Ular Sawa Di Floridapertandingan tangkap ular die amerika syarikattangkap ular di floridatangkap ular di payaularular sawa besarular sawa burma
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan