Dulu kita lihat Datuk Siti Nurhaliza hanya menutup rambutnya dengan beralaskan selendang, dan kini beliau sudah pun bertudung sepenuhnya. Itulah keputusan yang dibuat oleh penghibur nombor satu Malaysia, pada sambutan ulang tahunnya yang ke-34.
Siti masih lagi mencari imej bertudung yang bersesuai dengan penampilannya sebagai penyanyi yang masih lagi afktif di pentas.
Bagaimanapun, imej beliau yang berselendang dengan jambul yang kelihatan sudah ditinggalkan secara perlahan-lahan. Keputusan ini dibuat atas kehendak Siti sendiri dan disokong sepenuhnya oleh suami, Datuk Khalid jiwa.
Beberapa ahli keluarganya turut memuat naik gambar-gambar Siti dengan imej terbarunya di laman social mereka selepas sambutan majlis ulang tahun kelahirannya di Kuala Lumpur Jumaat (11.1.2013) lepas.
Imej terbaru beliau dilihat ada persamaan dengan imej pereka muda muslim yang tersohor dari London, Hana Tajima. – Utusan
Semoga penyanyi nombor satu kesayangan Malaysia ini terus kekal dengan imej barunya dan tabah menghadapi apa jua cabaran di masa akan datang.