Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Tempatan

Liyana Jasmay Bakal Berpindah Ke Sabah

by Aida Sue
January 14, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Liyana Jasmay yang bakal berkahwin dengan tunangnya, Fathuddin Mazlan pada Februari ini di Hotel Seri Pacific, dengarnya akan berpindah ke Sabah.

Debaran bakal pengantin ini semakin dirasai oleh pelakon dan penyanyi genit ini. Ketika ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini, wajah beliau dilihat semakin berseri-seri manakala topik perkahwinan tidak lekang dari bibirnya.

IKLAN

Liyana, 25, bakal bernikah dengan Fathuddin Mazlan, 29, pada 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 9 Februari. Terus terang kata Liyana, perasaannya kini bercampur baur antara teruja, gementar dan bahagia.

“Memang saya teruja, gembira dan tidak sabar untuk menanti majlis perkahwinan saya. Kalau boleh biarlah cepat-cepat perkahwinan berlangsung. Ini kerana selagi belum tiba majlis perkahwinan, selagi itu bermacam-macam perkara saya fikirkan tentang persiapan majlis.

“Alhamdulillah, persiapan hampir siap sepenuhnya. Tertekan itu perkara biasa untuk semua bakal pengantin tetapi saya bertuah kerana dua orang kakak saya yang telah berkahwin membantu melancarkan persiapan majlis perkahwinan saya,” katanya yang telah bertunang pada 28 Mac tahun lalu.

Selepas berkahwin kelak, Liyana memberitahu dia akan berpindah ke Kota Kinabalu, Sabah, mengikut bakal suaminya yang bekerja di sana. Meninggalkan keluarga sudah tentu suatu perkara yang berat tetapi tidak baginya.

“Saya tidak sedih tinggalkan keluarga selepas berkahwin walaupun selama ini saya memang tinggal dengan keluarga. Bukannya saya tidak berjumpa mereka langsung selepas itu. Sudah tentu saya akan berulang alik di antara Sabah dan Kuala Lumpur,” katanya.

IKLAN

Bercakap mengenai kerjayanya selepas berkahwin, Liayana tetap meneruskan kerjaya seninya seperti biasa. Tiada halangan daripada pihak bakal suami, bahkan beberapa hari selepas berkahwin, beliau akan terbang ke New York bagi menjalani satu pengambaran sebuah telefilem disana. Apa yang menariknya ialah, Fathuddin akan turut sekali dan mereka akan berbulan  madu di sana.

“Ketika keluarga tunang saya datang merisik, ayah saya siap pesan awal-awal kepada Fathuddin bahawa saya tidak boleh berhenti berlakon kerana itu merupakan minat saya.

“Dia juga tidak menghalang, malah beberapa hari selepas berkahwin saya akan terbang ke New York untuk menjalani penggambaran telefilem khas untuk siaran Astro.

“Saya akan berada di sana selama 15 hari dan akan bawa Fathuddin sekali. Jadi, sambil bekerja kami pergi berbulan madu ekspres (ketawa)” – Kosmo

Tags: fathuddin mazlanikut suami ke sabah selepas kahwin-liyana jasmayliyana jasmayLiyana Jasmay Bakal Berpindah Ke Sabahliyana pindah sabah lepas kahwinliyana&fathuddin
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan