Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

Julia Perez Kini Ahli Seniman – Zed Zaidi

by Aida Sue
January 15, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon dan penyanyi Indonesia, Julia Perez kini sah menjadi ahli bersekutu Persatuan Seniman dan sekali gus boleh mengambil bahagian dalam industry filem di Malaysia.

Hari ini, Presiden Seniman, Zed Zaidi telah mengesahkan bahawa Julia telah pun mendaftar sebagai salah seorang ahli Persatuan Seniman.

IKLAN

“Julia Perez sudah mendaftar dengan persatuan minggu lalu melalui pengurusannya di Malaysia. Dia sudah ikut syarat dengan berdaftar sebagai ahli. Pada saya memang dah tak ada masalah, tetapi bagi rakyat Malaysia saya tak tahu. Kuasa saya sampai sini saja”, kata Zed Zaidi

Berikutan kenyataan panas yang dibuat melalui laman mikro Twitter sebelum ini berhubung mutu drama Malaysia, Julia menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat dan penggiat seni tanah air.

Penyanyi itu dikatakan sudah meminta maaf secara rasmi melalui surat yang dihantar kepada Seniman kira-kira tiga minggu lalu.

“Saya ada menerima surat minta maaf dari pihaknya kira-kira tiga minggu lalu. Melalui surat itu, Julia meminta maaf kepada rakyat Malaysia berikutan terlanjur kata. Julia berharap dapat bekerjasama dengan orang Malaysia untuk masa depan.” –  Sinar Harian

Tags: ahli senimanfinasjulia perezJulia Perez Kini Ahli Seniman - Zed Zaidijupejupe ahli sah senimanjupe minta maafpersatuan seniman malaysiapresiden seniman malaysiazed zaidi
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan