Seorang model sambilan dan juga pelajar yang bernama Shasha Mendoza menjadi perbualan hangat di laman sosial Twitter berikutan kelantangannya bersuara mengenai isu politik , Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 dan juga sokongannya yang tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional.
Di antara contoh tweetnya baru-baru ini :
“Kepada penyokong #KL112, jika anda tidak suka Malaysia, anda boleh keluar daripada Malaysia. Sekurang-kurangnya hargailah apa yang dilakukan oleh kerajaan.
“Anwar berjanji untuk memberikan pendidikan percuma untuk rakyat. Itu semua adalah pembohongan. Mana Anwar nak dapatkan berjuta-juta ringgit untuk bayar hutang rakyat? Fikir.“
Dan sudah semestinya ada diantara penyokong Pakatan Rakyat dan juga pihak neutral yang kurang berpuas hati dengan komennya di laman Twitter. Walau bagaimanapun, pelajar universiti yang berusia 19 tahun berkata kritikan teruk tidak akan menjejaskan pendapat dan pemikirannya dan tidak mengubah pendiriannya pada Barisan Nasional.
Ditanya jika dia merancang untuk menyertai politik, dia berkata dia berminat tetapi ia hanya akan berlaku selepas dia berusia 21 dan jika dia tamat pengajian. Sasha juga menolak dakwaan apabila dituduh hanya mahukan perhatian dan mendapat ramai pengikut di laman sosial Twitter dengan memberikan pelbagai tweet kontroversi.
“Saya tidak terdesak untuk mendapat pengikut Twitter. Saya hanya menyatakan fakta-fakta mengenai Barisan Nasional. “
Sumber : TheStar