Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[Isu Semasa] Bantuan RM100 Pelajar Sudah Mula Diagihkan

by Aida Sue
January 16, 2013
Share on FacebookShare on Twitter
Sebanyak lebih kurang 4.98 juta murid pelajar sekolah di seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang yang mula diagihkan sejak semalam.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 498 juta sebagai bantuan persekolan RM100 seorang kepada 4.98 juta pelajar di seluruh negera tahun ini yang sudah mula disalurkan bermula 15 Jan (semalam).

Bantuan itu mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkannya sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat.

Seperti tahun lepas, wang bantuan berkenaan diberikan kepada semua murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah yang belajar di sekolah kerajaan termasuk sekolah Cina dan India tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.

Bukan setakat itu sahaja, lebihan daripada RM540 juta bantuan tersebut akan turut disalurkan kepada sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri.

IKLAN

Pengagihan bantuan tersebut akan berakhir pada 15 Februari depan bagi memberi laluan kepada pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). – Utusan

 

Bantuan persekolahan RM100 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013. Ini adalah kali kedua pembayaram tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga. – Bernama

Tags: [Isu Semasa] Bantuan RM100 Pelajar Sudah Mula Diagihkan1 malaysia najib tun razakbantuan pelajar rm100bantuan rakyat 1 malaysiabelanjawan 2013BR1Mnajib tun razakperdana menteri malaysia
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan