Selama bertahun- tahun kasut berjenama Dr Martens dari England ini mencipta keselesaan dan membangkitkan semangat generasi baru.
Kasut berjenama warisan British ini lebih dikenali rakyat Malaysia sejak pembukaan outlet pertamanya di Malaysia iaitu di The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur. Kedai Dr Marten terletak di tingkat 3, The Garden Mid Valley Megamall.
Kewujudan Dr Martens disembunyikan pada awal tahun 60-an, dan jenama yang penuh dengan sejarah ini mula popular sekitar tahun 70-an dan telah diterima oleh pelbagai budaya yang telah menyatukan puak-puak seperti mods, glam, punk, ska, pshychobolies, grebos, goth, industrialists, nu-metal, hardcore, straight-edge dan grunge.
Kasut Dr Martens telah dikembangkan lagi ke dalam sistem kepelbagaian ideologies dan telah menjadi satu fesyen yang dipakai oleh selebriti dan golongan punk.
Dr Martens telah membuatkan sekumpulan golongan di Malaysia untuk memiliki sendiri kasut ‘avant grand’ yang berjenama ini. Peminat kasut Dr Martens dapat merasakan sendiri hasil yang dibuat dengan menggunakan tenaga manusia itu dan merasa sendiri keunikan jenama yang penuh dengan sejarah ini.
Untuk maklumat lanjut tentang Dr Martens, sila layari www.drmartens.com.