Bersempena dengan tahun baru ini, Kenny Rogers Roasters (KRR) dengan bangganya memperkenalkan menu terbaru iaitu Golden Fortune Chicken dan dua minuman baru yang menyegarkan.
Kenny Rogers Roasters terkenal dengan Rotisserie-roasted quarter chicken yang kaya dengan rasa eksotik dengan sedikit kepedasan, hidangan mewah ini juga mempunyai sedikit rasa manis dan masam yang membuatkan ianya satu hidangan yang cukup lazat. Selain daripada itu, hidangan ini disertakan dengan tiga lagi hidangan sampingan pilihan anda dan Zesty Orange Muffin.
“Kami merasakan bahawa Tahun Baru ini lebih sempurna jika dipenuhi dengan kebaikan dan kemakmuran. Bagi KRR, kami percaya bahawa diet yang sihat dan seimbang merupakan perkata utama untuk mencapat matlamat itu dan kami percaya Golden Fortune Chicken ialah kuncinya. Dengan rasa eksotik dan tiga hidangan sampingan pilihan anda, makanan ini secara tidak lansung merupakan makanan yang seimbang”, kata Won Li Yin, Penolong Pengurus Pemasaran Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd.
Untuk memeriahkan lagi suasana, KRR juga dengan bangganya memperkenalkan dua minuman baru yang menyegarkan – Passion T dan Jelly O’Berry. Passion T merupakan satu minuman teh yang mempunyai pearls and juga jeli. Manakala Jelly O’Berry pula adalah minuman yang menyegarkan berperisa oren bergas dan juga mempunyai jeli.
Dengan hanya memesan satu hidangan istimewa Kenny Rogers Roasters, bagi anda yang bernasib baik mungkin akan menerima ganjaran istimewa dari KRR.
“ Kami di Kenny Rogers Roasters mahu anda menjalani kehidupan yang sihat. Kami percaya dengan menghidangkan sepinggan hidangan lengkap KRR mampu menceriakan permulaan tahun baru anda semua!” kata Won lagi.
Golden Fortune Chicken yang berharga RM18.50 dan air minuman terbaru dari KRR boleh didapati pada harga RM8.50 setiap satu. Harga mungkin berlainan di Genting Highlands.
Hidangan di Kenny Rogers Roasters boleh dipesan dan dihantar terus ke rumah anda. Hubungi khidmat penghataran Roasters di 1300-888-878 hari ini. Khidmat penghantaran ialah dari jam 11.30 pagi hingga 10.00 malam.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kenny Rogers Roasters dan Golden Fortune Chicken, sila layari www.krr.com.my atau www.facebook.com/KRR.MY