Pasti ramai lelaki diluar sana sedang patah hati bila terbaca dan terdengar mengenaikan Zain Saidin dan Che Ta, kan?
Faktor umur bukanlah penghalang untuk sesorang itu bercinta. Perbezaan umur 10 tahun tidak pernah menjadi penghalang buat Zain Saidin yang bakal menginjak umur 29 pada tahun ini untuk menghawini Che Ta atau nama penuhnya Rozita Che Wan. Akhirnya segala persoalan telah pun terjawab apabila Zain Saidin secara terbuka mengaku bahawa dia kini sedang merancang untuk menjadikan Che Ta sebagai isterinya yang sah.
“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini”, ujar Zain kepada portal Gua.
Menurutnya lagi, Che Ta telah pun memberikan kata putus dan mengaku mereka berdua serius dalam hubungan mereka ini.
“Beliau tidak letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentunya aya perlukan masa untuk buat persiapan. Saya lelaki dan perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki kami akan berkahwin. Saya dengan Che Ta memang serius. So kalau ada gossip tentang Che Ta dengan lelaki lain, itu semua tidak betul.”
Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Zain kerana telah berjaya memikat hati Che Ta!