• Latest

[ Tips Cinta ] 8 Cara Untuk Kenalpasti Jika Anda Dipergunakan Kekasih Anda

January 21, 2013
Foto - Ánh Tít (Facebook)

Jururawat Vietnam Ajar Cara Bagi Bayi Lena, Hanya Bedung Guna 4 Langkah!

January 23, 2021
Foto - Instagram / Bored Panda

Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021

January 23, 2021
Foto - Reader's Digest

Tarik Nafas Dan Kawal Emosi Marah Kamu Dengan Tips Bernas Ini!

January 23, 2021
Foto - Dakwah Sentap / Pesona Pengantin

Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

January 22, 2021
Foto - Elite Daily

Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

January 22, 2021
Foto - Eminetra New Zealand

5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

January 22, 2021
Foto - My Info Taip / IMDB

5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

January 22, 2021
Foto - Pinterest

Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

January 22, 2021
Foto - Instagram Prof Dr Muhaya / Berita Harian Sg

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Foto - Reddit

Wajah Twice Tzuyu Paling Banyak Permintaan Wanita Untuk Pembedahan Plastik

January 22, 2021
Foto - Siti Nurhaliza Tarudin (Instagram)

Proses IVF Anak Kedua Buatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Lebih Kerap…

January 22, 2021
Foto - Arkib Wanista

Padlock Mangga Rumah Selalu Buat Hal, Ini Cara Tangani

January 21, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

[ Tips Cinta ] 8 Cara Untuk Kenalpasti Jika Anda Dipergunakan Kekasih Anda

Aida Sue by Aida Sue
January 21, 2013
30
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Memang seronok mempunyai teman lelaki. Tetapi tak semua hubungan cinta itu indah kerana mungkin anda berada dalam hubungan cinta palsu. Bagaimana kalau teman lelaki anda itu sebenarnya seorang penipu dan mempergunakan anda? Dan dia hanya mempermain-mainkan anda untuk kepuasan dirinya? Jadi kami ingin kongsikan sedikit tips bagaimana untuk mengenalpasti sama ada kekasih anda penipu atau betul-betul sayangkan anda.

1. Dia suka meminta duit/wang

IKLAN

Dia selalu meminta wang dari anda dan apabila ia menjadi rutin harian baginya, anda perlu berhati-hati. Jika dia menunaikan janji untuk memulangkan kembali wang yang dia pinjam, itu tidak mengapa. Tetapi jika dia sering memberikan alasan tak munasabah dan mungkir janji, mungkin dia hanya menjadikan anda sebagai ‘mesin ATM’nya sahaja. Tidak lebih dari itu.

2. Dia menahan diri daripada menjadi penyayang apabila di khalayak ramai

Jika di tempat yang sunyi dan tersorok, dia begitu romantik sekali tetapi kalau di khalayak ramai, dia berubah 360 darjah. Menjadi seorang yang langsung tidak romantik dan dia berkata ‘perbuatan itu tak sopan’. Ewah, kalau di belakang pintu, bukan main lagi dia. Selain itu dia juga sering mengubah topik dan memberi alasan tak masuk akal jika anda bertanya soalan mengenai perubahan sikapnya. Jika dia berperangai seperti ini, berhati-hati. Dia mungkin hanya mempergunakan anda.

3. Dia memperkenalkan anda sebagai “KAWAN”

Apabila dia memperkenalkan anda kepada rakannya yang lain, dia hanya menyebut anda sebagai “kawan,rakan”nya dan tidak lebih dari itu. Jika hubungan anda dengannya masih baru, tak mengapa. Tetapi kalau dah setahun berpacaran dan masih lagi memperkenalkan anda sebagai rakannya, itu bermaknanya dia mungkin tak pandang anda sebagai teman hidupnya. Dia mungkin romantik pada anda apabila anda berdua denganya,tetapi di khalayak ramai, dia mengelak untuk menjadi rapat dengan anda.

4. Dia mengelak untuk memperkenalkan anda kepada keluarganya.

Apabila anda bertanya bila dia nak memperkenalkan keluarganya pada anda apabila sudah berkawan lama dengannya, dia sering memberikan alasan dan berperangai pelik. Dia mungkin tak mahu memperkenalkan anda kepada keluarganya dan mungkin juga tidak menganggap bahawa anda teman hidupnya.

5. Dia hanya mahu menemui anda pada waktu malam.

Dia mungkin banyak menghabiskan masa dengan anda,tetapi hanya pada waktu malam atau tengah malam. Walaupun dia begitu romantis apabila bertemu dengan anda, pada siang harinya, memang sukar untuk mengetahui apa yang dia sedang lakukan dan anda tak ada klu langsung mengenai kegiatan hariannya.

6. Dia hanya bersama dengan anda supaya dia nampak lebih bagus/ lebih baik.

Anda cantik, anda menawan. Tetapi jika si dia berpacaran dengan anda semata-mata mahu tunjuk pada orang yang dia mempunyai teman wanita yang cantik dan berlagak, itu bukanlah satu bentu perhubungan yang baik. Dia bersama anda kerana anda membuatkan dia kelihatan bagus dan menambahkan egonya. Jaga-jaga, anda mungkin trofi bergerak baginya.

7. Dia hanya menghubungi anda jika dia ada masalah

Pasangan kekasih yang normal selalunya akan berhubung sekurang-kurangnya sekali sehari untuk memberitahu rutin harian mereka atau bertanyakan khabar. Tetapi kekasih anda hanya menghubungi anda jika dia ada masalah sahaja dan tidak pernah menghubungi anda untuk bertanyakan khabar atau sihat sakit anda. Dia hanya mahu meminta pertolongan anda dan bersikap baik jika anda dapat membantunya.

8. Dia tidak mahu tahu mengenai diri anda

Walaupun anda berpacaran, dia seboleh-bolehnya tidak mahu tahu mengenai hal anda dan hal peribadi anda. Masalah anda, adalah masalah anda seorang dan dia selalunya tidak endahkan anda apabila anda mula bercerita mengenai diri anda. Dia akan menukar topik apabila anda mula bercerita mengenai keluarga anda dan dia juga tidak suka bercerita mengenai hal peribadinya pada anda.

Tags: anda ditipu kekasihdipergunakan teman lelakikekasih mempergunakan andamasalah cintatips cintatips cinta anda dipergunakantips masalah cintaTips on How to Know If a Guy is Using Youtips percintaan

ARTIKEL BERKAITAN

Health

Wanita Pun Alami Mimpi Basah, Bukan Lelaki Saja

October 27, 2020
Health

Isteri Malas Masak, Suami Boleh Bantu Dengan Cara Ini

October 27, 2020
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan