Jika Thailand memiliki Phuket dan Koh Samui sebagai tarikan utama pelancong, kita mempunyai Pulau Rebak yang menawarkan pemandangan indah Laut Andaman!
Mungkin ramai diluar sana tidak tahu dimana letaknya Pulau Rebak. Untuk maklumat semua, Pulau Rebak terletak di Langkawi yang berkeluasan 350 ekar yang dimiliki sepenuhnya oleh DRB-Hicom Bhd. Dengan sebuah marina yang telah dibina dengan pelaburan mencecah RM200 juta.
Ketua Pegawai Operasi DRB-Hicom, Datuk Mohamed Razeek Md. Hussain berkata, Pulau Rebak berpotensi besar dan masih banyak pembangunan mampu dilaksanakan.
Beliau berkata lagi, DRB-Hicom tidak mempunyai masalah untuk membangunkan Pulau Rebak kerana pulau berkenaan memiliki keindahan semula jadi yang jarang terdapat ni tempat lain.
Pulau Rebak bakal menjadi salah sebuah pulau peranginan bertaraf dunia sama seperti Phuket dan Koh Samui di Thailand.
Sumber : Utusan