Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah sintetik di sebuah rumah di Air Itam, serta menahan tujuh orang termasuk dua wanita dalam serbuan yang dilakukan pada Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim berkata, suspek berusia antara 19 hingga 44 tahun itu disyaki terbabit secara lansung dalam kegiatan memproses dadah yang dipercayai beroperasi dua bulan lepas.

“Dalam serbuan jam 8.30 malam itu polis telah merampas 1,275 gram serbuk dadah jenis estacy, 54 gram ketamine, 22 gram syabu dianggarkan bernilai RM500,000”, kata Datuk Abdul Rahim
Polis turut merampas mesin yang telah diubah suai serta pelbagai jenis bahan kimia untuk menghasilkan dadah serta menyita tiga buah kereta.
Menurut beliau, seorang suspek mempunyai rekod jenayah serta pernah disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, sementara hasil ujian air kencing pula mendapati dua suspek positif dadah.
Suspek direman sehingga 25 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatory jika sabit kesalahan.
Sumebr : Bernama