Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Dato’ Seri Najib Razak , Datin Seri Rosmah Mansor masuk Gaza hari ini temui pemimpin, rakyat Palestin

by Aida Sue
January 22, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Datuk Seri Najib Razak akan memasuki Gaza pagi ini waktu tempatan untuk lawatan kemanusiaan menemui pemimpin dan penduduk wilayah bergolak itu. Lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki di bumi Palestin.

Beliau yang diiringi Datin Seri Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri pertama negara menjejak kaki ke bumi Palestin. Turut sama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Penasihat Agama, Datuk Abdullah Md Zin.

IKLAN

Sejurus melepasi sempadan Rafah-Gaza, Najib akan disambut oleh Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh, sebelum meletakkan batu asas pembinaan Madrasah Al-Malaziah yang dibiayai oleh Malaysia dan pejabat baru perdana menteri. Beliau kemudian dijadual melawat pejabat lama Haniyeh yang musnah dalam serangan Israel bermula pada 14 November tahun lalu. Najib juga akan menemui barisan kabinet Gaza dan ahli parlimen kerajaan Hamas.


Selepas itu, Najib akan diraikan oleh Haniyeh pada majlis makan tengah hari di Hotel Moovenpick. Kemuncak lawatan ialah penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Al-Aqsa kepada Najib.

Sementara itu Rosmah akan melawat Hospital Kanak-kanak Nasser dan meletakkan batu asas pembinaan pusat trauma. Beliau juga dijadual mengumumkan sumbangan RM4 juta untuk hospital berkenaan dan menemui kanak-kanak di hospital itu. Najib tiba di Kaherah petang semalam waktu tempatan.

Selepas lawatan ke Gaza, beliau akan menemui Presiden Mohamed Morsi dan Perdana Menteri Dr Hesham Qandil.  Malaysia juga akan menandatangani Perjanjian Komprehensif Kerjasama Ekonomi (CECA) dengan Mesir. Perdana Menteri kemudian akan berlepas ke Zurich, Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.

Tags: berita malaysiaberita semasaDatin Seri Rosmah Mansor GazaDato' Seri Najib Razakgaza palestin rosmah mansorisu semasanajib razak rosmah mansor palestinpalestine gaza pm malaysiaperdana menteri malaysia ke gaza palestin
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan