Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Top Bar Navigation Review - Makanan

[Info/Tips] Resipi & Cara-Cara Membuat Durian Crepe

by Aida Sue
January 22, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak hujung tahun lepas, ramai orang bercakap tentang durian crepe. Pada yang tidak pernah dengar dan makan memang akan lost dan tertanya-tanya apa itu durian crepe?

Bagi yang tidak tahu, durian crepe ialah durian pancake. Intinya ialah durian dan fresh cream dan dibalut dengan pastry lembut dan sangat sedap dimakan ketika sejuk.

Resipi dan cara-cara membuat durian crepe :

IKLAN
  • Isi Durian (Buang Biji)
  • 50g Tepung Gandum
  • 1 Penutup Esen Vanilla..
  • Pewarna ( Terpulang )
  • 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
  • 1 Biji Telur
  • 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
  • 160 ml Air
  • 40 ml Susu Cair
  • 2 Sudu Besar Gula Halus

Masukkan tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula halus. Seterusnya, tuang susu cairdalam adunan tadi.

Kacau campuran hingga sebati

Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam campuran dan kacau sehingga sebati.

Masukkan esen vanilla. Kacau Campuran.

IKLAN

Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sebati.

Masukkan butter yang sudah cair dan kacau.

Masukkan pewarna. Kacau campuran sehingga sebati. Tapis campuran tadi.

Panaskan non-stick pan. Ambil sedikit adunan dan tuang atas pan dengan lemah-lembut.

Gaur 150mL Fresh Cream atau Whipping Krim

Letakkan sedikit krim tadi diantara inti durian diatas crepe.

Lipat dan siap sudah durian crepe anda!

 

Terdapat sebuah kedai menjual durian crepe yang terletak di tingkat LG Midvalley Megamall, berdekatan dengan Big Apple Donuts & Coffee. Harganya adalah RM10 bagi 6 ketul. Harganya memang agak mahal kerana durian pun bukanlah buah yang murah jika ikut harga pasaran.

Jika anda ingin cuba buat sendiri pun lagi bagus kerana anda boleh pilih isi durian yang sedap dan lagi fresh! Biarkan ia sejuk di dalam peti sejuk untuk semalaman dan anda akan dapat hasil yang hebat. Jika semua bahan fresh sudah semestinya durian crepe anda enak rasanya! Selamat mencuba 🙂

Tags: [Info/Tips] Resepi & Cara-Cara Membuat Durian Crepeduriandurian crepedurian pancakefenomena durian crepeMid Valley megamall
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan