Isu beg sekolah berat masih lagi disebut-sebut hingga ke hari ini. Hal ini pernah menjadi isu hebat pada tahun 2011 dan masih lagi hangat diperbincangkan. Ia seperti masalah berketurunan yang tidak tahu di mana silapnya.
Tinjauan yang dilakukan menunjukkan, murid-murid yang hadir ke sekolah kebanyakannya memikul beg yang cukup besar malah ada juga melebihi berat daripada tubuh empunya badan sendiri.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Yang menjadi persoalan di sini mengapa beg murid sekolah rendah terutamanya Tahun Satu kelihatan begitu berat sedangkan mata pelajaran mereka tidaklah begitu banyak.
Kajian mendapati, mereka sendiri mengambil langkah selamat dengan membawa semua buku supaya tidak didenda oleh cikgu jika tertinggal di rumah. Mungkin bagi mereka, lagi banyak buku dalam beg, lagi nampak rajin dan lagi pintarlah mereka.
Bagi ibu bapa pula, mungkin akan menyalahkan pihak sekolah kerana anak-anak mereka terpaksa memikul beg yang berat hamper setiap hari ke sekolah. Jadual harian pun sudah diberi pada awal tahun permulaan sekolah, jadi sebenarnya ia bukanlah salah pihak sekolah.
Ibu bapa harus nasihat and awasi anak-anak mereka. Pastikan mereka ikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ini.
Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik and pragmatic haruslah dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi dan tiada lagi isu masalah beg berat pada lima tahun akan datang,
Semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini untuk kanak-kanak berasa lebih selesa. Mereka berhak mendapat masa depan yang sihat tanpa risau kepada tulang belakang mereka.
Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa adalah sama penting dengan peranan yang perlu dimakinkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bersamalah kita menjamin masa depan anak-anak kita.