Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] Program BR1M akan disambung jika BN menang selesa

by Aida Sue
January 23, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang bahawa kerajaaan Barisan Nasional (BN) gagal membela nasib rakyat. Katanya, kemakmuran dan keamanan negara membuktikan kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus menerajui negara.

“Semua telah elok, tersusun dan terancang, mempunyai ekonomi yang baik, tiada pergaduhan, kenapa nak sokong pembangkang?,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, malam tadi. Beliau berkata, banyak yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu menangani masalah kos hidup rakyat.

IKLAN

Katanya antara yang telah dilakukan ialah pemberian subsidi yang besar untuk barang-barang keperluan, kawalan harga barang, bantuan sara hidup dan bantuan persekolahan. Muhyiddin berkata, bagi menentukan pendapatan rakyat tidak terjejas dengan kenaikan harga barang, kerajaan turut memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kalau kita doa BN menang (pilihan raya) lagi, BR1M tiga, empat, lima dan enam selama-lamanya mungkin kalau kerajaan BN berkuasa lagi semula dengan pendapatan yang baik, hasil pungutan cukai kita sampai RM125 bilion melimpah ruah dalam tabung Perdana Menteri, kalau minta naik pun saya fikir boleh dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata, lebih 55 tahun sejak merdeka, BN telah meletakkan asas penubuhan negara bangsa yang kukuh dan kuat dan yang paling penting ketika ini adalah untuk mengekalkannya.

“Yang paling penting adalah untuk menentukan hala tuju negara dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

“Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menetapkan pada tahun 2020 Malaysia akan menjadi negara maju mengikut acuan sendiri,” katanya. – Bernama

Tags: bantuan rakyat 1 malaysiabarisan nasionalisu semasapolitikProgram BR1Mprogram br1m terus jika BN menang
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan