Siapa yang tak kenal sifat manja semulajadi Ratu Rock Malaysia, Norzilla Aminuddin atau nama pentasnya Ella. Pernah satu masa dahulu sifat semulajadi beliau telah disalahertikan, namun lama kelamaaan ianya sudah sinonim dengan Ratu Rock Malaysia ni.
Selepas bergelar isteri kepada Azhar Ghazali, ramai yang bertanya-tanya adakah Ella masih mengekalkan sifat manjanya dan tidakkah suaminya berasa cemburu sekiranya beliau bermanja dengan orang lain seperti sebelum ini?
“Ella yang anda semua lihat sekarang adalah lebih reserved berbanding di rumah. Dia lebih manja di rumah. Soal cemburu dengan sifat manjanya, saya tak kisah sangat kerana saya faham itu adalah sifat semula jadinya. Dan Jika ada yang tak kena pada mata saya, kami akan sama-sama muhasabah dan perbetulkannya.” ujar Azhar Ghazali.
Jawapan yang diberikan oleh juruterbang sebuah syarikat swasta itu sangatlah profesional dan matang.
Bahagia sungguh tengok pasangan ni. Semoga mereka terus bahagia dan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata! 🙂