Penyanyi sensasi Britian, Adele baru sahaja melahirkan seorang bayi lelaki pada Oktober 2012 lalu. Namun ketika itu, beliau masih belum memberitahu siapa nama si putera comel itu.
Semasa di Golden Globes, penyanyi Skyfall ini berkata, beliau masih belum bersedia untuk berkongsi dengan umum mengenai nama bayi mereka dan menggelarkannya ‘little peanut’.
Walau bagaimanapun, sebuah gambar menunjukkan Adele memakai kalung emas dengan tulisan ‘Angelo’. Beliau dilihat di sebuah kedai pakaian bayi di Los Angeles sambil memakai kalung emas yang bertuliskan nama itu sehingga timbul spekulasi bahawa nama anaknya adalah Angelo.
Seorang sumber mengatakan kepada The Sun, “Nampaknya sangat jelas bahwa Adele memberikan nama bayinya, Angelo. Kami tidak yakin tentang erti nama tersebut. Dia tetap ingin menyembunyikan, tapi semuanya akan terbongkar cepat atau lambat.”
Sebelum ini, Adele berkeras untuk tidak memberitahu nama bayinya dengan alasan itu adalah hal peribadi yang ingin beliau simpan.
Adele mula menjalinkan hubungan dengan Konecki yang merupakan seorang ketua kepada badan pertubuhan amal sejak November 2011 lalu.
Konecki telah pun memiliki seorang naka perempuan yang berusia lima tahun, hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Clary fisher.