Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Pantang maut sebelum ajal – Gembala tergantung pada akar kayu lebih 12 jam ( 3 gambar )

by Aida Sue
January 29, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang gembala kambing nyaris maut selepas tergelincir ketika mencari ternakannya di kawasan bukit berhampiran kuil Batu Caves, di sini, dan tergantung pada akar kayu  lebih 12 jam pada waktu malam sebelum ditemui orang ramai, pagi kelmarin.

Lelaki berusia 40-an itu dikatakan mendaki bukit berkenaan lewat petang kelmarin untuk mencari kambingnya tetapi terjatuh dari tebing bukit setinggi 25 meter, namun bernasib baik apabila kaki kirinya tersangkut pada akar kayu sebelum ditemui jam 8 pagi kelmarin.

IKLAN

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam dan menghantar pasukan bagi menjalankan operasi menyelamat.



“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota bomba tiba ke lokasi kejadian 13 minit selepas mendapat maklumat. Sebaik tiba, lelaki terbabit didapati tersangkut serta tergantung di akar pokok dengan kepalanya ke bawah.

“Bomba mengambil masa hampir sejam bagi menyelamat dan menurunkan mangsa sebelum ambulans membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal, lelaki terbabit dipercayai tergelincir dari bukit berkenaan ketika mencari kambingnya, lewat petang sehari sebelum itu.

Berpantang sebelum ajal!

Tags: batu cavesberita malaysiaberita semasagembala kambing tergantungisu semasanyaris mautpantang maut sebelum ajal
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan