Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[Isu Semasa] Sedih! 10 Ekor Gajah Borneo Mati Diracun

by Admin 3
January 30, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

“Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya” kata seorang pakai veterinari Jabatan Hidupan Liar Sabah setelah melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah.

gajah_borneo

Beliau menyaksikan sendiri detik sedih itu ketika melakukan siasatan berhubung misteri kematian 10 ekor gajah yang terdiri daripada tujuh gajah betina dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan.

IKLAN

Anak gajah jantan yang berusia tiga bulan bernama Kejora itu telah pun dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi untuk dijaga termasuk memberi susu botol.

Gajah-gajah berkenaan berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati antara 29 Disember hingga 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembah Maliau.

 gajah_3

gajah_2

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan.

Post mortem dilakukan dan mendapati tidak kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk. Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati berdarah.

Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Sabah.

Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora.

IKLAN

“Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain,” katanya lagi.

Sumber : mStar Online

Tags: [Isu Semasa] Sedih! Gajah Borneo Mati Diracun10 gajah borneo mati organ dalaman rosak terukanak gajah comel bernama kejoragajah borneo matigajah mati diracunhutan simpan tawau sabahkasihan anak gajah cuba menggerakkan bangkai ibunya
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan