Diambil dari Facebook Polis KL,
Susulan dari perhimpunan aman pada 12 Januari 2013, pihak polis Kuala Lumpur telah membuka siasatan berhubungan kesalahan pelanggaran syarat oleh pihak penganjur perhimpunan Kebangkitan Rakyat ( KL 112 ), khususnya membawa kanak-kanak dibawah umur 15 tahun dalam perhimpunan tersebut. Perbuatan membawa kanak-kanak dibawah 15 tahun menjadi satu kesalahan dibawah SEK. 4(2) AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 DAN DIBAWAH SEK. 31(1)(a) AKTA KANAK-KANAK 2001.
Jika disabitkan bersalah, kesalahan-kesalahan tersebut membawa hukuman :
I. SEK. 4(2) AKTA PERHIMPINAN AMAN 2012 BOLEH DIHUKUM DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000
II. SEK. 31(1)(a) AKTA KANAK-KANAK 2001 BOLEH DIHUKUM DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000 DAN PENJARA TIDAK MELEBIH 10 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI
Oleh itu pihak Polis Kuala Lumpur memerlukan bantuan orang ramai yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut untuk tampil memberi keterangan kepada polis. Gambar-gambar saksi yang boleh membantu siasatan telah dirakam semasa mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.
Pihak Polis Kuala Lumpur menyiarkan beberapa gambar saksi berkenaan untuk tampil membantu siasatan dan menyeru saksi-saksi yang gambar mereka disiar menghubungi terus pegawai penyiasat kes ASP TONNY LUNGGAN ( tel bimbit 014-6225262 atau pejabat 03-90516222 atau berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran.
MANA-MANA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT AKAN SAKSI-SAKSI TERSEBUT DIMINTA MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT TERSEBUT DI ATAS ATAU MANA-MANA BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN.
SETAKAT INI KERJASAMA ORANG AWAM DALAM SIASATAN INI AMAT MENGALAKKAN DAN PIHAK POLIS MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH.
Sumber : Facebook Polis KL
Antara gambar yang disiarkan