Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] Pangsapuri Indah Ria yang condong di Shah Alam

by Aida Sue
February 2, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

indahria3

Lebih 1,000 penghuni yang mendiami 240 unit pangsapuri Indahria di Seksyen 22, Batu 3, di sini, menyifatkan mereka ibarat menunggu ajal setiap hari berikutan keadaan struktur bangunan 15 tingkat itu mulai condong.

Wakil penduduk, Salmah Harun, 35, berkata, mereka mula menduduki pangsapuri itu pada 2009 dan pada tahun sama, masalah mula timbul apabila berlaku retakan pada struktur tempat letak kereta. “Pemaju ada membaikinya semula kerana ia masih di bawah selenggaraan mereka namun pada tahun lalu mendapan tanah mula berlaku apabila kaki lima beralun manakala cerucuk yang menyokong keseluruhan bangunan mula kelihatan.

IKLAN

“Mendapan menyebabkan sokongan terhadap cerucuk yang mengawal dan menyokong struktur bangunan itu semakin lemah dan akibatnya seluruh bangunan ini mulai condong,” katanya.

Dia yang tinggal di tingkat satu berkata, jika kilat, guruh atau kenderaan berat melalui jalan berhampiran, dia merasai gegaran dan ada kalanya seakan-akan berbuai.    Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri berkenaan Ariffuniza Koraini berkata, pihaknya sudah menghantar memorandum kepada Pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Katanya, tindakan itu diambil kerana beberapa siri perbincangan sudah diadakan membabitkan kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pemaju, Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan Institut Kerjaraya Malaysia (IKRAM) sejak April tahun lalu. Katanya, melalui perbincangan itu pelbagai persetujuan secara lisan sudah dibuat termasuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk namun tiada gerak kerja fizikal dilakukan.

Menurutnya, antara persetujuan yang dicapai ialah peruntukan kecemasan oleh pihak MBSA sebanyak RM250,000 bagi kerja baik pulih kecemasan pada sistem pembetungan pangsapuri itu yang terjejas akibat rekahan itu.

indahria4

Tags: berita semasagambar Pangsapuri Indah Riaisu highland towersisu semasapangsa condongPangsapuri Indah RiaPangsapuri Indah Ria retakPangsapuri Indah Ria shah alam condongrumah retak shah alam
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan