Apabila ikon gaya dan hos televisyen popular, Nur Fazura belajar dan mengetahui bagaimana ular dan haiwan eksotik lain dipukul hingga mati, dan dibunuh dalam cara lain kejam untuk mendapatkan kulit mereka, dia bersetuju untuk muncul di dalam iklan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) Asia terbaharu.
Ular adalah haiwan yang menarik yang jarang menimbulkan ancaman kepada manusia: Ia lebih rela melarikan diri daripada membuat serangan. Kebanyakan ular yang tinggal berhampiran dengan manusia adalah tidak merbahaya, dan manusia jarang diancam oleh ular. Lebih daripada satu perlima reptilia dunia kini berada di risiko untuk kepupusan – dan kulit eksotik mereka untuk perdagangan tidak membantu sama sekali. Kebanyakan ular ditangkap di hutan kerana ia mengambil masa begitu lama untuk menternak ular dan bagi ia menjadi dewasa dan cukup besar untuk kulit mereka.
Untuk membunuh ular bagi mendapatkan kulit mereka, pemburu menggunakan cangkuk untuk menangkap mereka dan kemudian menggantung mereka pada pokok-pokok dan kulit mereka disiat hidup – hidup sebelum melambung mereka sehingga mati. Kerana metabolisma mereka yang perlahan, ular boleh menderita selama beberapa hari sebelum dehidrasi. Selain itu, ular juga dihentak atau disebat ke lantai ataupun dinding untuk membunuhnya. Kekejaman yang dilakukan dalam perdagangan eksotik kulit perlu dibendung supaya anak cucu kita dapat melihat keindahan hidupan eksotik sebelum ianya benar-benar pupus dan selain itu mereka juga berhak untuk hidup.
Layari https://www.facebook.com/PETAAsiaPacific untuk info lanjut
Jom kita lihat gambar selebriti lain yang muncul di dalam iklan PETA Asia Pasifik selain Nur Fazura :





