Barisan Nasional Pulau Pinang telah dilaporkan mengambil pendekatan baru bagi memeriahkan majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional pada 11 Feb ini.
Kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang telah menjemput Psy untuk ‘bergangnam style’ bersempena Tahun Baru Cina 2013.
Beliau telah ditempah pada 11 Februari untuk membuat persembahan di hadapan lebih 60,000 tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rumah terbuka yang akan dimeriahkan dengan kehadiran Psy ini akan diadakan di Han Chiang High School, Pulau Pinang.

Dikatakan sebanyak RM 2 juta telah dibelanjakan oleh BN untuk menjemput Psy datang ke Malaysia. Maklumat itu diperolehinya daripada YG Entertainment, sebuah syarikat pengurusan artis Kpop di Korea Selatan.
Nampaknya sambutan Tahun Baru Cina 2013 di Pulau Pinang pasti meriah. Mesti anda pun terasa macam nak pergi bercuti di Pulau Pinang dan sekaligus bergangnam style bersama-sama Psy pada 11 Februari nanti kan?
Berita kerajaan yang telah membelanjakan RM2juta supaya PSY dapat membuat persembahan di Malaysia tentunya tidak disenangi banyak pihak kerana kerajaan dikatakan telah membazirkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat. Banyak komentar negatif yang dilemparkan terutamanya di laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter. Nampaknya pendekatan baru ini agak kurang sesuai lebih-lebih kali dengan pilihanraya yang bakal tiba tak lama lagi.