Tahun ini, Royal Belum World Drums Festival 2013 akan menampilkan beberapa kumpulan drummers dari seluruh dunia seperti Republik Azerbaijan, India, Indonesia, Maldives, Thailand, Mesir, Thailand, Singapura, Australia, Republik of Kenya dan tidak ketinggalan kumpulan dari negara kita sendiri.
Acara ini membentangkan kepelbagaian, keharmonian dan perpaduan di kalangan para peserta dan ini merupakan tarikan utama untuk menarik perhatian para drummers dari seluruh dunia.

Acara hebat ini mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, Pelancongan Perak, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan juga Majlis Bandar Ipoh. Royal Belum World Drums Festival 2013 akan diadakan pada 20hingga 24 Februari 2013.
Beberapa aktiviti sampingan akan diadakan bagi memeriahkan lagi majlis termasuklah beberapa kumpulan persembahan akan diadakan di beberapa lokasi berlainan di Perak (Pocket Shows), Royal Gala Night di MBI City Square, Ipoh dan Closing Gala di Airstip, Grik Perak. Lebih 100,000 tetamu dijangka akan hadir pada acara yang hebat ini termasuklah warga tempatan dan juga pelancong dari luar dan juga peminat-peminat drum di negara ini.
Untuk tahun ini, Royal Belum Malaysia Drums and Percussion Challenge 2013 akan mengumumkan pertandingan yang bakal diadakan pada 16 dan 17 Februari ini di RTC Gopeng. Pertandingan ini terbuka kepada semua pecinta drum.
Pemenang akan mewakili Malaysia dan berpeluang untuk membuat persembahan pada Royal Gala Night dan juga Closing Gala.
Untuk maklumat lanjut tentang Royal Belum Malaysia Drums and Percussion Challenge, sila hubungi pejabat Pelancongan Perak di +605-253 1957 atau layari www.royalbelumworlddrumfest.com.