Pelakon kacak kelahiran Kelantan, Fizo Omar, 28 akhirnya mengesahkan sedang ‘berkawan’ dengan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Haas Jaafar.
Fizo berkata, mereka telah berkenalan selama beberapa tahun sebagai rakan biaasa dan baru sahaja menjalinkan hubungan istimewa sejak tiga bulan lalu.
“Saya mengaku sedang bercinta dengan Haas dan hubungan ini masih lagi diperingkat awal dan kami sedang mengenali hati budi masing-masing” jelasnya.
Sikap memahami wanita yang berasal dari Kedah itu telah memikat hatinya selain mempunyai pelbagai persamaan yang membuatkan mereka serasi.
Fizo bakal muncul dengan sebuah filem baru bertajuk Isyarat Cinta selain baru selesai menjalani drama Surat Dari Langit Biru dan juga telefilem Nur Sarah.