Pada tahun ini, Twin Towers @Live 2013 akan diadakan bersempena dengan minggu Petronas Malaysia Grand Prix. Persembahan konsert secara live selama dua malam ini akan diadakan di Menara Berkembar Petronas pada 22 dan 23 Mac 2013.
Tarikh : 22 & 23 Mac 2013
Masa : 5.00 pm hingga 2.00 am
Tempat : Plaza Klcc
Tiket : Percuma
Malam pembukaan Twin [email protected] 2013 yang akan diadakan pada 22 Mac akan dipersembahkan dengan kumpulan dari Korea iaitu kumpulan U-Kiss dan digandingkan dengan penyanyi pop dari Amerika, Demi Lovato. Manakala, kumpulan K-Pop wanita, Rainbow akan memeriahkan pentas pada malam Sabtu, 23 Mac 2013.
Tahun lalu Twin Towers @Live telah menampilkan Nicole Scherzinger, SNSD (Girls’ Generation), Orianthi & Kelis sebagai artis jemputan luar negara
Itu sahaja maklumat tentang Twin Towers @Live 2013 setakat ini & pihak penganjur berjanji akan memberikan lebih barisan artis yang bakal muncul dalam minggu akan datang.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook Twin [email protected] 2013 di https://www.facebook.com/TwinTowersAlive atau laman sosial Twitter di https://twitter.com/TT_Alive