Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Entertainment

[ Tips Cantik Bio Oil ] Teknik solekan wajah tidak berminyak: Solekan Tahun Baru Cina

by Aida Sue
February 4, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa yang tak mahu wajah yang berseri sempena hari perayaan yang bakal kunjung tiba. Kali ini kami mahu kongsikan teknik solekan dengan produk Bio Oil yang boleh anda cuba sempena perayaan Tahun Baru Cina, Valentine’s Day dan juga solekan mudah untuk keluar rumah ( artikel berbeza untuk setiap solekan ).  Kalau anda nak tahu, produk Bio Oil adalah produk pakar penjagaan kulit yang membantu memperbaik penampilan parut, regangan kulit dan warna kulit tidak serata. Ia juga sangat berkesan untuk merawat penuaan kulit dan kulit yang kering.

Kebaikan penggunaan produk Bio Oil yang dicampur bersama alat solek anda

1. Kulit wajah tidak kering ( masalah yang sering dialami oleh wanita yang gemar menggunakan alat solek.

IKLAN

2. Warna kulit menjadi lebih sekata. Kulit tidak serata berlaku apabila pengeluaran melanin oleh tubuh tidak konsisten. Ini boleh dicetuskan oleh kesan-kesan luaran, seperti pendedahan kepada sinar matahari secara berlebihan atau penggunaan produk pemutihan kulit yang kurang berkualiti; mahupun kesan dalaman, seperti ketidakseimbangan hormon yang berhubung dengan kehamilan, putus haid atau pemakanan pil pencegah hamil.

Teknik solekan yang boleh anda cuba 

1. Campurkan serbuk bedak asas dengan beberapa titik minyak Bio Oil. Minyak Bio Oil akan menjadikan kulit muka tidak kering dan membantu membaik penampilan warna kulit yang tak serata.

_MG_9237

_MG_9242

2. Sapukan bedak pada permulaan kulit wajah dan juga leher dengan menggunakan berus lembut.
_MG_9232

3. Sapukan juga beberapa titis minyak Bio Oil pada bahagian mata anda sebelum anda meletak pembayang mata. Ini membolehkan pembayang mata anda kekal lebih lama dan kulit di bahagian mata tidak akan kering dan berkedut.Bio‑Oil juga melembapkan kulit, yang memperbaik tekstur, warna dan penampilan garis halus dan kedutan kulit.

IKLAN

_MG_9658

_MG_9209

_MG_9213

4. Campurkan juga beberapa titis minyak Bio Oil ke dalam serbuk pemerah pipi dan sapukan pada wajah anda dengan berus solekan wajah._MG_9654

Wajah akhir selepas dikenakan solekan wajah bersama minyak Bio Oil. Jangan risau, minyak Bio Oil tidak akan meninggalkan kesan berminyak pada wajah kerana ia akan diserap mudah ke dalam kulit anda untuk melembapkan kulit wajah anda.

_MG_9260

Selepas ini kami akan kongsikan tips solekan untuk Valentine’s Day dan Natural Look di dalam artikel berikutnya! 🙂

Tags: bio oil make upbio oil solekankebaikan bio oilKebaikan penggunaan produk Bio Oilmake up tipsmekap malaysiasolekan dengan bio oilsolekan kulit tidak keringsolekan mudahtips fesyentips solekan
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan