Perkhidmatan Google Ad Words adalah alat yang digunakan untuk memaparkan iklan berdasarkan satu kata kunci yang dimasukkan ke dalam enjin carian Google. Sebagai contoh jika anda menaip perkataan “sushi” ia akan menghasilkan pemilihan iklan yang berkaitan dengan sushi di bahagian atas kotak carian anda.
Untuk individu yang menggunakan perkhidmatan ini, mungkin kebiasaannya mereka akan menghantar maklumat mengenai barang yang mereka ingin jual atau beli. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada teknologi, terdapat pengguna yang menggunakan teknologi dengan cara paling kreatif tidak kira melalui platform apa sekalipun.
Seorang lelaki muda Jepun yang menggunakan nama Razokulover menggunakan Google Ad Words dengan meletakkan iklan untuk mencari teman wanita.

Kepintaran dan keberanian ini telah mencipta kekecohan di internet dan sudah pasti ramai diantara jejaka yang masih belum mempunyai teman wanita di luar sana cemburu. Iklan itu pada mulanya diletakkan dua bulan lepas selepas seorang lelaki – pelajar universiti tahun akhir berpisah dengan teman wanitanya.
Dalam keadaan terdesak, dia menggunakan enjin carian Google dan melakukan carian untuk “mencari teman wanita.” Carian beliau menghasilkan carian tentang seorang lelaki yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan Google AdWords untuk membuat iklan palsu untuk mencari teman wanita. Walaupun iklan ini mungkin telah diwujudkan sebagai sesuatu jenaka, pelajar ini fikir ia adalah sebenarnya satu idea yang cukup baik baginya.
Iklannya berbunyi :
“Saya mencari teman wanita:
Umur dan pekerjaan adalah tidak relevan.
Maklumat pekerjaan: cinta. Tiada pengalaman diperlukan. “
Tidak lama selepas itu, iklannya mendapat sambutan hangat dan lebih dari 5 orang wanita sudi untuk berkenalan dengannya. Dia memberi keutamaan kepada gadis yang paling awal memberi respons pada iklannya dan usahanya tidak sia-sia kerana wanita yang ingin berkenalannya adalah seorang yang amat cantik dan comel.
Sumber : IT Media