Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] Diskaun tol di 24 lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina!

by Aida Sue
February 5, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

LATAR-PLUS

Sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan memberikan diskaun dan rebat tol antara 5 dan 37.5 peratus sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 10 dan 11 Feb ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata, bagi lebuh raya kendalian Plus Bhd, pengguna kelas 1 ( kereta ) yang menggunakan bayaran tol secara elektronik boleh menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 7 Feb dan 15 Feb dan rebat 30 peratus pada 10 Februari.

IKLAN

Manakala di lebuh raya lain, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 15 peratus hingga 37.5 peratus pada 9, 10 dan 11 Februari

Mengenai projek pelebaran lebuh raya dari tiga lorong kepada empat lorong di antara persimpangan Shah Alam ke plaza tol Jalan Duta ke Rawang dan dari persimpangan Nilai Utara ke Port Dickson melibatkan beberapa jajaran di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) sepanjang 63.3 kilometer, katanya ia dijadualkan siap pada Disember 2014.
Sehubungan itu, beliau berharap projek pembinaan persimpangan bertingkat Seremban yang baharu akan dapat disiapkan dalam waktu yang sama atau lebih cepat.

Shaziman juga meminta dihentikan kerja pembinaan di lebuh raya kecuali kerja kritikal bagi mengelakkan gangguan kepada kelancaran aliran trafik sepanjang tempoh operasi bersepadu Ops Selamat dari 3 hingga 17 Februari.
BERNAMA

Tags: berita semasadiskaun tol tahun baru cinaisu semasalebuh rayalebuhrayarebat tolrebat tol tahun baru cina
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan