Kalau ND lala telah memberi kenyataan supaya Sharnaaz Ahmad jangan biadap dan hormati mereka sebagai ibu bapa nya menerusi Harian Metro ( Baca disini )
Sharnaaz melalui portal Murai telah membalas kenyataan tersebut:-
Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.
Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.
Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki.
Jelas Sharnaaz Ahmad lagi, sepertimana orang lain, dia juga mempunyai ibu bapa. Kata Sharnaaz lagi :
Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat.
Sambung Sharnaaz lagi, dalam hal ini, dia juga berharap pihak media akan bertanya pada Shila Amzah.
Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia. Jadi, tanyalah tuan empunya badan sendiri.
Walau apapun, Shila Amzah tu tetap anak dara orang, Sharnaaz. Kalau masing-masing keras kepala dan tak mahu beralah, bagaimana? Kalau berkahwin dengan anaknya, anda kena berkahwin sekali dengan keluarganya – Itu menurut kata orang-orang tua. Jadi kenalah pandai ambil hati walaupun tidak sebulu pada awalnya. Kami harap konflik ini segera berakhir manakala Shila dan Sharnaaz cepat-cepatlah la ke jinjang pelamin.