Bekas anggota X-Factor, Zachery Francis, 35, atau lebih dikenali dengan nama Zach mengaku bahawa beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Beliau telah pun menemui cinta baru dan merancang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini selepas kecewa kerana berpisah dengan kekasihnya yang telah bercinta selama sembilan tahun.
“Syukur akhirnya saya bertemu dengan wanita yang saya sifatkan cukup sempurna di mata saya dan berasa sangat selesa dengannya,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, bekas anggota kumpulan X-Factor ini enggan untuk mendedahkan identiti wanita yang sudah berjaya menawan hatinya itu. Beliau sekadar berkata bahawa wanita tersebut hanya orang biasa dan tidak terlibat lansung dalam dunia hiburan.
Dalam perkembangan lain, Zach baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Adi Valentino. Selain itu, beliau turut merancang untuk membuka sebuah syarikat produksinya sendiri sebagai jaminan masa hadapannya.
Sumber : mStar