Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Antarabangsa

[ Gosip Antarabangsa ] Benci bekas teman lelaki, Rita Ora mahu bercinta dengan Robbert Pattinson

by Admin 3
February 7, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Rita Ora secara terbuka mengakui ingin menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon utama filem Twilight, Robert Pattinson yang merupakan kekasih kepada Kristen Stewart. Walhal, umum tahu bahawa Robert Pattinson sedang hangat bercinta dengan heroinnya dalam filem Twilight sendiri, Kristen Stewart.

Screen shot 2013-02-07 at 10.05.14 AM 1

Rita membuat pengakuan itu ketika ditemu bual oleh stesen radio 2day FM. Menurutnya, beliau sudah lama meminati pelakon tersebut setelah menyaksikan lakonannya dalam filem Twilight. Semasa ditemu bual, beliau sempat lagi meluahkan perasaan benci terhadap bekas teman lelakinya, Rob Kardashian yang merupakan adik kepada Kim Kardashian.

IKLAN

“Robert jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan Rob. Saya amat tidak menyukainya dan sekiranya diberi peluang, tentu sahaja saya akan menembaknya,“ jelas Ora.

Bekas teman lelaki Rita Ora, Rob Kardashian
Bekas teman lelaki Rita Ora, Rob Kardashian

Kebencian Rita kepada Rob bermula apabila lelaki itu menuduhnya curang dengan 20 lelaki lain semasa mereka bercinta dan gara-gara kenyataan itu hubungan mereka menjadi panas dan retak.

Tetapi menurut Ora, hubungan mereka tidak bertahan lama kerana kesibukan dirinya dengan jadual yang padat sebagai penyanyi selain tidak mempunyai banyak masa terluang untuk bertemu bekas kekasihnya itu.

Sedikit info bagi yang tidak mengenali Rita Ora, beliau merupakan seorang penyanyi yang popular dengan  lagu How Do We Party. Selain itu, Rita Ora merupakan bekas teman wanita kepada Rob Kardashian. Kisah percintaan mereka sering menjadi isu kerana salahfaham yang berlaku diantara mereka berdua.

Tags: [ Gosip Antarabangsa ] Benci bekas teman lelakiKristen Stewartrita benca bekas teman lelakinyarita mahu jain hubungan dengan hero filem twilightrita mahu kekasih orangRita Orarita ora benci robRita Ora mahu bercinta dengan Robbert Pattinsonrob kardashianrobbert pattinsontwilight
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan