Seorang wanita berusia 26 tahun trauma selepas disamun dan dirogol empat orang lelaki yang tidak dikenalinya.
Dalam kejadian sekitar 10 malam itu, wanita terbabit dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya dan sebaik sahaja keluar dari kenderaan miliknya, sebuah van berhenti bersebelahan keretanya sebelum empat orang lelaki bersenjatakan kayu dan besi memecahkan cermin kereta mangsa dan menarik mangsa masuk ke dalam van.

Menurut sumber, mata mangsa diikat menggunakan kain hitam sebelum dibawa ke tempat yang tidak diketahui lokasinya. Mangsa menjadi tempat lepaskan nafsu empat lelaki itu selepas dirogol bergilir-gilir sebelum diheret semula ke dalam van untuk dibawa ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan memaksanya keluarkan wang sebanyak RM1,600.
Menurutnya lagi, mangsa kemudian dibawa ke kawasan sebuah kondominium di Subang Jaya dan ditinggalkan di tepi jalan. Mangsa dibantu oleh pengawal keselamatan kondominium tersebut dan dibawa ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah telah mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan lanjut akan dijalankan.
Sumber : myMetro