Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] 1.3 juta kenderaan akan meninggalkan Kuala Lumpur mulai hari ini

by Aida Sue
February 8, 2013
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Share on FacebookShare on Twitter
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Kira-kira 1.3 juta kenderaan dijangka bergerak meninggalkan ibu kota bermula hari ini, sempena cuti umum sambutan Tahun Baru Cina hujung minggu ini.
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Salleh Yusup berkata pihaknya menjangkakan berlaku kesesakan terutamanya hari ini, di pinggir ibu kota menghala pintu keluar ke utara, selatan dan pantai timur.
Sehubungan itu, warga kota harus merancang perjalanan serta mengamalkan pemanduan berhemah, katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Plaza Tol Sungai Besi, di sini semalam.
Sementara itu, Pengarah JPJ Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata pihaknya meletakkan anggota secara statik di empat lokasi panas kemalangan di Kuala Lumpur iaitu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (di hadapan Zoo Negara), Batu 4 1/2 Jalan Ipoh serta di Km 25 Lebuhraya Karak di kedua-dua hala.
“Seramai 88 anggota JPJ akan bertugas di kawasan-kawasan ‘hot spot’ tersebut secara bergilir-gilir selama dua minggu sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini,” katanya.
Terdahulu, Salleh menyerahkan cenderahati berupa alatan membaiki kenderaan kepada 18 penunggang motosikal dan 10 pemandu kenderaan. 
– Bernama

 

Tags: berita semasachinese new yearinfo trafik cny 2013info trafik malaysiaisu semasakuala lumpurselamat tahun baru cinasesaktahun baru cina
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan