Tak lama dulu, nama dua pelakon jelita, Neelofa dan Tasha Shilla menjadi hangat selepas dikatakan bergaduh kerana populariti. Walau bagaimanapun, Neelofa kini lega kerana sudah bertegur sapa dengan Tasha Shilla selepas hampir setahun mereka bermasam muka. Neelofa bertemu dengan Tasha secara kebetulan di Tv3, masing-masing atas urusan kerja pada Rabu lalu.
“Secara kebetulan bertemu dan sempatlah bertegur sapa. Nak sembang lama tidak boleh sebab kami ada urusan. Pada kesempatan itu juga, Lofa sempat minta maaf atas komen yang diberi terhadapnya sebelum ini. Lofa hormatlah dengan Tasha, sebab dia bukan seorang pendendam. Dia terima kemaafan Lofa. Sekarang ini dada rasa lapang dan fikiran tenang sebab kemelut dengan Tasha sudah selesai,” jelas Neelofa.
Baguslah kalau begitu. Bersikap matang dan profesional kan lebih elok. Apa-apa pun, sebelum buat sesuatu tu, fikirlah dulu akibatnya. Jangan buat keputusan melulu dan jangan terlalu ikut perasaan. Teruk padahnya nanti!
Sumber : utusan