“Memang sudah malas (berhubung) selepas apa yang berlaku. Saya tidak jumpa atau hubungi dia sebab saya sudah jauhkan diri,” jelas Sharnaaz Ahmad, 28.
Sharnaaz enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung status terkiri hubungan mereka. Beliau membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari Shila seleps tindakan beliau (Shila) yang dahulu melarikan diri daripada keluarga selepas tertekan dengan konflik yang berlaku baru-baru ini.
Sementara itu, ND Lala telah tampil di Melodi pada Ahad, 10 Februari, membuat kenyataan melarang kekasih anaknya itu mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya dan Shila bagi mengelakkan prasangka dan fitnah yang berterusan. ND Lala berkata, kenyataan Sharnaaz, selama ini bukan sahaja mencemarkan namanya tetapi turut memalukan keluarga.
IKLAN
Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit. Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.
Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.
Sumber : mStar